angkat kain...

Apr 11, 2009

pagi ni TS tak bwk kereta sendiri. pakai kereta wifey, myvi. entah kenapa, hari ni tk pandu ikut jln yg rutin utk ke tempat kerja. sebenarnye terlajak nk masuk simpang yg biasa dilalui tadi. entah kenapa sbb pagi ni fikiran sedikit melayang. terutama bila bukak radio pagi ni, ada lagu baru jamal. tak hilang cinta di dunia. terleka sikit. lepas istana, masuk ke susur p.j. lalu dpn sekolah cina. perjalanan sedikit tersekat, sbb banyak kereta berhenti, hantar anak ke sekolah. tiba2 sebuah bas sekolah warna oren, dari lorong paling kanan, memotong masuk & menghimpit kereta TS. tak sempat nak elak atau nk buat apa2. dahla bas tu besar. kereta TS terhimpit antara bas sekolah dgn deretan kereta yg berhenti di tepi jln depan sekolah. alamak, habisla kereta myvi wife TS. TS hon sekuat hati...kenapala drebar bas sekolah ni tk cermat langsung. sampai penyek kereta TS kena himpit. TS cuba bukak pintu, tak boleh. tersekat. TS jadi panik. hon lagi...!
mujur bas tu bergerak & beredar. TS cuba perhati nombot plet bas. tk nampak. tak jelas. TS cuba pandu kereta semula nk kejar bas tu. takkanla nak biarkan dia blah. sapa nk bayar kerosakan ni. drebar tu nk lari kot. kereta TS tk dpt bergerak. berkali2 dicuba....gagal. lalu TS melompat turun, nak tengok berapa teruk kereta tu.
aneh...! tk da kesan kemek apa pun. hatta, walau seguris pun sdgkan tadi bergegar kereta TS kena himpit dek bas tu. terasa penyek kereta TS ni.
tiba-tiba "papa! papa!...hari nak hujan. angkat kain". TS terkejut, masa bila pulak erin ada. sdg TS nak pergi kerja ni...
rupanya TS tertidur lepas mkn tengah hari tadi. argahhh...lega. mimpi rupanya!

2 refleksi:

tdevaraj said...

aku paling tak suka dapat mimpi eksiden..sebab lepas, tu betul-betul eksiden! Dalam mimpi pun, aku pi langgar kereta orang, dalam realiti pun sama!

samalah, jangan sebut nama orang, dia akan muncul

tg shaaban said...

so utk elak mimpi jadi kenyataan:
1. jgn guna kereta wifey
2. gunakan jln sama setiap hari
3. jgn berkhayal dengar radio
4. jgn mimpi di siang hari...hu hu