sepanjang jalan kenangan...5

Apr 15, 2009

TS tinggal di asrama. slps spm TS dah tak minat nak teruskan ke form six. lagipun dpd pengalaman melihat senior yg kepayahan meloloskan diri melepasi palang stpm. kalau adapun tk ramai. wbp sementara menunggu keputusan utk ke ipt/matrik/oversea ramai yg masuk form six dulu. pd awalnya seronok dpt kumpul balik slps result spm & sambung belajar di form six. tp selang beberapa minggu, seorg demi seorg meninggalkan sekolah dpt tawaran ke ipt, matrik dan oversea. yg tinggal hanya separuh dpd kami. rasa lemah semangat melihat kawan pergi lebih tinggi sdgkan kita masih termanggu2 mengharap. akhirnya peluang tu terpadam. result TS sendiri memang baik tp aliran sastera yg diambil membataskan pilihan & ketat saingannya. jadi yg tinggal terpaksalah reda meneruskan sisa semangat belajar. ini terutama bagi pelajar lelaki. kepergian kawan2 lama diganti oleh kawan2 baru yg masuk asrama berasal dr sekolah lain yg tdk ada form six. kembali meriah suasana asrama dgn kawan2 baru. ttp kenangan dgn kawan2 lama tetap berbekas. maklumla sejak form 1 sudah tinggal, makan, susah senang bersama. pendeknya dh mcm satu keluarga besar.memang benar belajar di form six agak sukar ianya kini di peringkat pra-u. semangt yg kendur semakin kendur dgn perubahan kaedah pelajaran & pembelajaran. ada yg mengaku kalah di pertengahan, berhenti sekolah & mencari pekerjaan. ada yg mengalah, ttp tetap pergi sekolah walaupun jiwanya kosong. TS adalah antara yg masuk dlm kumpulan ini. result sepanjang lower six begitu dukacita sekali.seolah2 hanya tubuh di kelas tp hati entah ke mana.
mungkin menyedari gelagat kami, suatu hari cikgu rohani memanggil TS & y. dia hairan pelajar sebaik kami semasa form 5 takkanlah begitu merudum dlm masa overnight. kami berbincang secara hati ke hati. dirasakan olehnya, ini bukan soal masalah belajar tetapi soal semangat yg hilang. maka menangislah cikgu rohani, merayu kpd kami spy jgn mempersia2kan tempoh 2 thn di form six semata krn kecewa ditinggalkan rakan2 sebaliknya terus berusaha mengikut saluran yg walaupun lebih jauh & sukar ttp tetap akan sampai ke tempat yg sama – menara gading…TS tak pernah jumpa cikgu yg begitu ambil berat akan pelajarnya. cikgu rohani sanggup menjadi mentor kami, sanggup menjadi kakak kami. hulurkan kami duit utk beli buku rujukan. tk putus2 kata semangat diberinya. dia cadangkan kami berdua adakan study group. lalu nani, ina, wa menyertai kami atas cadangan cikgu rohani. saban petang kami berkumpul belajar sama2. study group waktu tu agak asing & dipandang sinis oleh rakan2 lain krn ada lelaki + perempuan. ttp mengikut kata2 cikgu rohani lebih baik begitu krn pelajar perempuan lebih komited sambil mewujudkan persaingan. kami berlima kemudiannya, bukan saja menjadi rapat dlm soal belajar ttp juga berkongsi masalah peribadi. dlm kata lain dah mcm adik-beradik. kesemuanya bertekad mencapai matlamat yg satu.
akhirnya, kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. slps stpm kami membawa haluan masing2. cuma TS & y masuk ke u. nani, masuk maktab perguruan. ina, ulang stpm. w pulak kembali ke felda & bekerja sbg pengurus kedai koperasi. TS & y masih berhubung hingga kini tp nani, ina & w menyepikan diri walau berulang kali kami cuba buat reunion. apakah mrk berasa ‘kecil’ atau ‘tercicir’. mrk saja yg tahu.
bagi TS tdk sama sekali akan melupakan apa yg kami lalui dulu. jika tdk kerana mrk pastinya 2 thn di form six itu hanya masa kosong yg sia-sia spt kata cikgu rohani. kpd mereka semua terima kasih, budi baik kalian hanya tuhan yg dpt membalasnya.

3 refleksi:

editor kampung said...

kalaulah ramai guru mcm cikgu rohani tentu ramai pelajar yg berjaya & cemerlang. sekarang ni susah nak cari cikgu yg betul2 komited, kebanyakannya hanya jadi cikgu sbb kerja dgn kerajaan lebih terjamin periuk nasi. maaf cikgu, bukan semua ttp kebanyakan ok.

tg shaaban said...

mungkin sifat cikgu rohani hanya 1 dlm 1,000

fazerilnazwan said...

zaman sekolah, memang banyak kenangan...