hari terakhir sekolah, hari perpisahan

Nov 20, 2009

satu demi satu mrk hilang. ditelan masa yg berlalu.
seorang demi seorang membawa haluan masing-masing.
akhirnya lenyap tanpa sebarang khabar berita.
mula dgn berkenal, berkawan, jadi rapat, berpisah, akhirnya putus hubungan.
hari ini hari terakhir persekolahan utk tahun ini.
sbb itu aku teringat zaman sekolah. teringat pd kawan lama.
teringat pd cikgu. terkenangkan sekolah.
entah mengapa terlintas rasa rindu di benak.
rasa sayu pun ada. bila terkenangkan detik manis masa lalu. nostalgia silam.
setiap pertemuan, ada perpisahan. hakikat yg pahit utk ditelan.
pastinya yg berada di tahun enam, tingkatan lima, tingkatan enam.
paling terasa. paling tersentuh.
tiada lagi gurau senda. usik mengusik. mentelaah bersama. bermain di padang bersama.
selepas ini, masing2 akan membawa haluan. mungkin sehari dua kita masih berhubung. sebulan dua mungkin. setahun dua masih ada. selepas itu?
kalau ada lagi pertemuan, alhamdulillah.
sekiranya tiada lagi, kenangilah saat indah berkawan dulu...
bila usia memanjat dewasa, kita akan lebih memahami erti persahabatan.
menghargainya sbg sesuatu yg bernilai.
perpisahan yg berlaku, mengajar kita betapa berharganya seorang kawan.

5 refleksi:

editor kampung said...

dulu masa sekolah, kita rasa lambatnya nak jadi dewasa 7 tamatkan alam persekolahan. tapi bila dah dewasa, kita rasa lebih seronok kalau masih bersekolah. kalau boleh terus berada di alam persekolahan sampai bila-bial

suriahoney said...

terkenang cikgu bard yg hensem...

tg shaaban said...

editor kampung,
betul tu, dulu tk sabar nk besar. bila dh besar nk jadi bdk kecik...hilang masalah.

honey,
tkde bdk lelaki yg berkenan ke?

tdevaraj said...

TS jual mahallah takkan tak tahu

tg shaaban said...

apa kena-mengena aku dlm filem ini (petik kata2 honey)