hujan dulu lain, hujan sekarang lain

Nov 9, 2009

eril, erol & erin merungut.
tak dpt main di luar rumah.
bukan sebab aku atau mama mereka yang larang
tapi sbb hujan. ya, hujan kerap turun terutama waktu petang.
petang2lah waktu mrk bermain di luar.
depan rumah ada padang. tanah lapang.
boleh main basikal. boleh main bola. boleh main kejar-kejar. main apa saja.
tapi sbb hujan, mrk terperuk dlm rumah.
tengok kartun, main games di komputer.
tp takkan nak duduk dlm rumah sepanjang hari.
nak jugak keluar. Tengok matahari, tengok pokok.
tp sbb hujan, terpksa jugakla duduk terperap dlm rumah.

teringat aku masa kecik2 dulu.
bila hari nak hujan sengaja cari peluang keluar rumah.
pergi rumah kawan misalnya, atau tempat yg jauh sikit dr rumah.
supaya emak & abah tk nampak.
atau abang atau kakak tk nampak. nanti diorang report (cemburula tu…)
bolehlah main basikal tengah hujan. lagi lebat lagi seronok.
boleh main bola dlm hujan. air bertakung, lagi menarik, boleh gelongsor atas rumput.
boleh main kejar-kejar dlm hujan.
air sungai jadi banyak & laju, lagi seronok berenang, terjun tiruk dr atas tebing.
biasanya bila hari nak gelap, dekat maghrib baru balik.
tapi balik dgn pakaian basah & berlumpur, pastinya mengundang padah.
kena marah dgn mak. kena leter dgn mak.
tapi kalau nasib tak baik, kena rotan dgn abah. kadang2 dgn hanger baju.
sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!
tapi tak serik jgk, bila hujan lagi, main hujan lagi!

budak-budak sekarang manja. kena hujan sikit, selesema. mungkin jgk demam.
kata pakcik amid, air hujan sekarang dah tercemar. banyak asid. banyak bahan kimia.
mungkin betul jgk, kata pakcik amid.

3 refleksi:

editor kampung said...

kenangan zaman kanak2 memang seronok. kanak2 sekarang 'lembik' kena hujan sikit dah demam selesema. main indoor game aje. panjat pokok pun tak pandai...he he

tg shaaban said...

budak2 sekrang tak kreatif. semua mainan beli kat kedai. zaman aku dulu, kebanyakan mainan ciptaan sendiri atau apa yg ada dijadikan mainan...konda kondi, baling tin dgn selipar, batu serembang antaranya.

suriahoney said...

i pun suke main hujan.
tp dlm bilik air je...shower tu kira air hjn jgk kan kan kan