sampaikah derma kita pada yang memerlukan?

Nov 18, 2009

aku isi minyak di petrol pump mlm td.
memang tk bercadang pun nk isi minyak.
tp slps pekena mi goreng mamak kat bistro al salam, nk balik tu aku tengok meter minyak myvi wifey aku tu dh tinggal dua takuk je. dh terlanjur keluar, aku pun tujulah ke stesen minyak terdekat, yg sebenarnya tklah dekat sgt. selepas 'menggosok' kad kredit pd mesin, aku pun cucuh minyak ke dlm tangki, penuh-penuh. biasanya kalau wifey tk memandu utk tugasan luar takat pergi balik kerja, boleh tahan seminggu kalau penuh.

sebaik nk masuk ke kereta semula. aku didekati seorg budak perempuan. dia memberi salam.
tujuannya nk mintak derma utk rumah anak2 yatim. di tgnnya ada kalendar kecik & sebotol balsam. entah dr mana dia dpt semua tu utk dijual. katanya dgn membeli kalendar atau balsam tu, secara tk langsung aku menderma pd rumah anak2 yatim. aku tk tau apa kaitannya.
siapa yg punya idea jual balsam utk pungut derma?
pengurusan rumah anak yatim atau siapa?

aku paling tk suka kalau org ambik kesempatan gunakan kanak2 utk kepentingan mrk.
kesian budak2 disuruh arah pungut derma. merayu derma pd org.
trend ni jgk aku dapati semakin menular. di pasar malam pun ada kanak2 menjual muqadam, sticker, surah yasiin dsb.
lagi pula, waktu itu sudah hampir 10 mlm. aku tk pasti dr mana dtgnya budak perempuan itu. tk mungkin dr kawasan berhampiran. setahu aku takda pun rumah anak yatim dekat2 situ.
kemungkinan besar, mrk ni dibwk olh mrk yg lebih dewasa dgn kenderaan & ditinggalkan di satu2 lokasi di mana ramai org berurusan spt stesen minyak, bank, pasar malam.

ini adalah strategi yg biasa digunakan olh sindiket yg mempergunakan oku, warga tua & kanak2 yg biasa beroperasi. aku tdklah mahu menuduh budak perempuan td jgk terlibat dlm sindiket yg menggunakan nama rumah anak yatim utk menagih simpati. namun bukankah lebih baik, pd waktu malam budak itu duduk di rumah anak yatim shj, disuruh mengulang kaji pelajaran ataupun mengaji agama. ini tdk, disuruh pungut derma pulak.

kesian melihatkan budak itu. aku hulurkan sedikit wang pdnya." ini ambik utk belanja sendiri. bukan derma utk rumah anak yatim" kataku pd bdk perempuan itu. lalu akupun beredar.

4 refleksi:

tdevaraj said...

Sesetengah kawan saya tak akan bagi duit. Mereka lebih rela belanja kanak-kanak ini makan sebab kalau bagi duit, dikhuatiri masuk kantung jerung.

tg shaaban said...

kalau diorg mintak derma semasa aku di kedai mkn, mungkin aku boleh belanja diorg mkn lain kali. ok jgk tu.

tdevaraj said...

Kalau kat stesen minyak, belikan coklat atau biskut pun boleh. Janji jangan bagi wang. Kalau kita bagi derma, kita secara tidak langsung menggalakkan perbuatan jahat sindiket mengeksploitasi manusiaex

tg shaaban said...

susah jgk nk tuduh sindiket atau tdk. mungkin betul2 dr rumah anak yatim.
nk bagi coklat atau biskut pun rasanya alang-alang.
kesian la...