screening atau sekadar bahan eksperimen

May 18, 2009

pg jumaat TS pergi saringan kesihatan/ screening ditaja majikan.
thn lps tk pergi pun. sbb TS dpt agak ada 'udang sebalik mi'. nk jadikan kami responden kajian.
ttp bila fikir balik, yg ianya 'percuma' , digagahkan jgkla pergi. sampai di sana, tk ramai org sbb dah masuk 'masa kecederaan'. sbhg staf dh mula berkemas.
adalah dlm 3 org sdg ambik sampel darah.
wp penganjur sendiri yg hantar surat panggilan, ttp masih perlu jgk kena isi borang. ni yg letihnya.
mula2 TS ambik blood pressure. stafnya tanya pasal sejarah kesihatan spt pernah merokok tk, ada masalah kesihatan tak, ada penyakit tak dsb biasala soalan2 standard. bacaan B/P, katanya quite good. lps tu, staf tu mintk kebenaran nk ukur B/P guna 'mesin baru' yg sdg diuji. dia hulur satu borang utk disign.TS menolak dgn baik. "kalau tk nak boleh ke?'. katanya 'tk nak tk palah' dgn senyuman tawar.
lps tu ukur tinggi & berat. mrk mintak TS bukak kasut. TS tk nk. "boleh tk, tk nak bukak, kasut saya tk sampai 1 kilo pun". staf tu ikut sj wp mukanya agak berkerut.
"tinggi tak pyh ukurlakan, tinggi saya dah tk naik dah..." kata TS bila dimintak ukur tinggi. muka staf tu makin berkerut . "bnyk songeh...' mungkin katanya dlm hati.
lepas tu ukuran pinggang & pinggul diambiknya. TS tanya 'buat apa ni..." jwbnya"nk ukur obes tk obes".
lps tu mrk mintak kebenaran nk ambik sampel DNA utk buat kajian kaitan obesiti dgn genetik. kalau setuju, TS dimintak sign satu borang lagi. TS menolak lagi 'kalau saya tk nk, boleh kan...' 'terpulang pd encik, no problem' balas staf terbabit. dahinya makin berkerut.
peringkat seterusnya ambik sampel darah. utk ukur paras kolesterol, lipid & glukosa. kali ni tk da apa2 mesin/ujian/alat lain.
sampel darah akan diuji secara klinikal. resultnya dpt diketahui dlm masa sebulan secara online. selesai.
dlm perjlnn balik ke ofis, TS berkata sendiri 'dah agak dah..."

3 refleksi:

editor kampung said...

sama jugak kadang2 sykt yg dtg nak perkenal produk kesihatan. kita dijadikan bahan ujian. diorg ni ambil kesempatan. serampang dua mata.

suriahoney said...

mana ade benda percuma. mesti nk 'mengena' punye.

tg shaaban said...

takpela. sekurang2ny diorg tanya dulu, kita setuju ke tdk. diberi pilihan. walaupun muka mrk berkerut-kerut...he he