Bateri caj semula

May 28, 2009

biasanya aku akan hanya bercuti kalau ada perancangan tertentu.
keutamaan bercuti kalau ada urusan penting. atau sengaja mengambil kira cuti sekolah. atau menguruskan sebarang urusan yg perlu dibuat segera.
tapi aku mengambil cuti kali ini kerana dipengaruhi emosi.
apa yg berlaku di kompeni aku lebih-lebih lagi keputusan mesyuarat pd 11 jun masih berbekas. bukan sedikit tetapi besar kesannya pada emosiku.
mendalam pengaruhnya, hingga mengganggu urusan kerja & berlegar-legar di fikiranku.
sejak hari itu, sebenarnya aku cuba mengelakkan daripada berhubung lansung dengan boss & staf berkenaan.
sudah dua kali dalam tempoh sebulan aku mengambil cuti. sesuatu belum pernah aku lakukan sebelum ini. kali ini aku mengambil cuti tanpa memikirkan keutamaan. bukan pada cuti sekolah. malah aku langsung takde perancangan untuk mengisi cuti 3 hari ini.
aku rasa sedikit tertekan. letih memikirkan perkara yg sepatutnya dibuat lebih baik, digagalkan oleh orang lain. perancanagn kerja aku juga terganggu. tumpuan dan fokus pada kerja agak tersasar.
mungkin itu hikmahnya, aku mengambil cuti tak dirancang ini. untuk berehat. caj semula bateri.
mujur juga seorang rakan seofis yg bermurah hati, meminjamkan komputer ribanya untuk aku gunakan sepanjang cuti ini. dapatlah juga aku isi masa terluang melayari internet sepuas-puasnya.
terima kasih TD

0 refleksi: