kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang...

May 28, 2009

dlm 2-3 hari ni TS bnyk berborak dgn SF. sbb kami sama2 jadik urus setia bengkel. ada aje masa terluang spt di meja mkn ,kami akan berborak. kami hampir sebaya. mungkin kami tk rpt di ofis sbb urusan kerja membatasi masa terluang. jadi peluang sebegini kami gunakan. bercerita tentang rkn pjbt lain, bercerita tentang boss, keluarga, anak2, kisah hantu & mcm2 lagila. cuma yg paling seronok bila berkongsi cerita zaman kanak2. kisah main nyorok2, kejar-kejar, polis sentri, roundas, main batu serembang, kereta sorong, main galah panjang, konda-kondi, getah tembak, getah gundu, main guli, main tuju lubang, baling tin, main tutup botol, jugak main tembak-tembak dpd senapang yg dibuat sendiri.
mcm mana senapang menggunakan peluru terung palembang. sukarnya membuat senapang yg dibuat sendiri menggunakan papan yg dibentuk menggunakan parang (yg sepatutnya guna gergaji). lalu TS ceritakan kisah mengopak papan dpd reban ayam arwah abah semata2 nk dibentuk jadi senapang kayu.
alam kanak2 dulu yg menyeronokkan dgn pelbagai 'aktiviti' luar.yg kanak2 skrg tak pernah dengar & tk pernah tau. yg mrk tau main PS2 atau tengok cerita kartun di astro. walhal dulunya tv adalah barangan mewah yg tk semua org mampu memiliknya. budak2 hari ni, duduk di rumah aje atau bermain permainan yg hampir semuanya menggunakan kuasa bateri. mainan yg mahal2 belaka dibeli di kedai. sdgkan kanak2 dulu hasilkan permainan tanpa gunakan duit sesen pun. kanak2 abad 21, tk kreatif langsung. membosankan!

0 refleksi: