Erti hari ibu bagi budak 7 tahun

May 11, 2010

"papa, esok nak duit belanja lebih boleh tak?" tanya erin.
"nak buat apa banyak2, nanti ilang.."jawabku tak endah.
"kengkawan erin semua beli hadiah, nanti nk bagi kat mama, hari ibu..."jelas erin, sedikit merayu.
hatiku segera cair, "erin, nak beli hadiah apa? kat mana nak beli? pandai ke beli?" bertalu pulak soal aku.
iyalah, budak sekecil erin, baru tahun satu. manalah dia pandai beli hadiah & berbelanja di kedai. selalunya aku atau mamanya yg akan belikan apa-apa yg diperlunya.
"ada jual kat koperasi. teddy bear kecik ada. belon ada. kad ada. erin dah tengok dah...cantik" terang erin, beriya-iya.
nyatalah dia lebih matang dpd usianya. dah buat survei di kedai koperasi. jadi aku taklah risau sangat. kalau dia memandai-mandai pergi ke kedai untuk belikan hadiah. bukannya dia ada kenderaan. nak melintas jalan puntak pandai. urusan jual beli pun dia tak pernah.
"erin nak berapa ringgit. tak payahla mahal-mahal sangat..." aku semakin berlembut.
"erin nak beli teddy bear kecik ada reben. 2 ringgit 50 sen harga dia". uargh, si kecik ini sudah pun mengenal pasti apa yg nak dibelinya.
akhirnya, aku hulurkan duit rm5. "baik-baik jangan hilangkan" pesanku.
lalu erin menyambut dengan muka paling manis "tima kasih..." lalu segera dimasukkan ke beg sekolahnya.

+++++++++++++++

petang jumaat. sebaik aku pulang dari kerja. erin segera menunjukkan hadiah hari ibu yg dibelinya itu.
memang cantik & comel. teddy bear kecil yg dihiasi reben berbentuk 'love' & bertulis "happy mother's day".
dia letakkan di satu sudut atas meja hiasan. bila aku perhatikan dekat-dekat, hidung si teddy bear itu sudah tiada. patah.
memanglah dasar budak-budak. sebelum serahkan hadiah tu, dia main dulu. sudahnya patah hidung. ha ha ha.
kagum aku, budak sekecil erin, sudah pandai menyibuk pasal 'hari ibu' sedangan, masa aku sekolah dulu takde pun sambutan "hari-hari" begini. kalau adapun hanyalah "hari guru".

0 refleksi: