gotong royong pada pagi ahad mungkin tak sesuai.
hari ahad adalah hari cuti, hari rehat. hari orang bangun lewat. hari untuk cuci kereta.
tapi...kalau tak dibuat pada hari ahad, bilakah hari lain yg sesuai?
sebenarnya, memang hari ahadlah hari yg paling afdal.
kepada mereka yg tidak mahu turun sama bergotong royong memang sekadar mengelak atau sekadar beri alasan.
di kawasan kejiranan aku (sekitar 50 unit shj) sudah dimaklum akan diadakan gotong royong. dan wakil daripada jabatan kesihatan akan turut sama turun padang. tujuan utamanya sudah pastilah membersihkan kawasan persekitaran & sedikit penerangan atau panduan pencegahan pembiakan nyamuk aedes daripada orang jabatan.
sepatutnya bermula jam 9 pagi, tapi macam biasa waktu tidak pernah ditepati. segan dengan wakil jabatan kesihatan yg sudah pun siap sedia. jumlah kami sekitar hanya 10 orang pun memulakan gotong royong. mula-mula meronda di belakang rumah untuk mencari & memusnah tempat pembiakan yg menjadi potensi sarang nyamuk. ternyata, penghuni kediaman lebih pentingkan bahagian depan rumah, sedangkan di belakang rumah dilonggokkan dengan segala macam barangan buruk, tidak terpakai, yg sebenarnya menjadi takungan air untuk nyamuk membiak. jadi, tugas kami ialah memusnahkannya. kemungkinan menjadi punca penyakit denggi.
habis satu pusingan, kami berhenti rehat. pada waktu inilah sekitar 10:30 pagi, barulah turun lebih ramai penghuni rumah. ada yg tersengih-sengih, tersipu-sipu kerana sedar kelewatan yg sebenarnya disengajakan itu. tetapi ada sesetengahnya datang dengan bergaya sekali seperti hendak keluar bersiar-siar lagaknya. manakala yg lain pula kelihatan 'lebih lapar' menjamah jamuan daripada kami yg 10 orang tadi. tanpa malu-malu buat seperti rumah sendiri. merekalah jugak kumpulan yg paling bermulut bising mencadangkan itu dan ini. buat kerja pun tidak...aparaaa. kami yg 10 orang itu hanya pandang memandang sesama kami.
selesai makan, kemudiannya dalam pusingan kedua barulah kerja ditumpukan pada membersihkan longkang yg tersumbat. namun, terpaksalah bergilir-gilir bekerja, kerana kebanyakan yg datang hanya berlenggang tanpa membawa sebarang peralatan. agaknya mereka tak pernah turun bergotong royong. atau mengharapkan orang lain menyediakannya untuk mereka....ini sebenarnya soal sikap. ala kadar. sekadar tunjuk muka. tak bertanggungjawab langsung!
kemudian seorang tuan rumah meminta 'jasa baik' kami membersihkan & menebang pokok mangga di sebelah rumahnya yg banyak kerengga hingga masuk ke rumahnya. jadi kami pun ramai-ramai menebangnya. sedikit gempar apabila seorang jiran yg memanjat pokok itu melompat turun dan kemudiannya jatuh pitam. kami segera menghulur bantuan.
selesai kerja mengemaskan pokok yg ditebang, sekali lagi menjamu selera dengan jamuan yg disediakan oleh kaum ibu sebagai penutup kerja gotong royong. aku bisikkan pada rakan-rakan daripada kumpulan pertama itu, lain kali kita panggil VIP turun sama. mungkin masa tu nanti kita boleh tengok siapa yg turun paling awal & paling rajin.
0 refleksi:
Post a Comment