memandu selaju 100kmj di lebuh raya, dalam cubaan pecutan untuk memotong kenderaan lain, mengilas stereng sedikit ke kanan & masuk ke lorong paling laju...tiba-tiba terdengar suatu 'letupan' kecil. serentak dengan itu, kedengaran bunyi aneh pada bahagian tayar. kereta mula bergegar. pemanduan jadi tidak stabil...!
apa tindak balas aku? apa perlu dibuat?
kejadian cemas ini benar-benar berlaku semalam. bukan cerita aksi dalam filem. sewaktu aku memandu pulang dari tempat kerja. sudah bertahun-tahun aku memandu. tapi tak pernah berdepan dengan situasi begini. mujur aku tidak panik.
apa yg berlaku ialah tayar kereta ku pecah (bukan pancit) tiba-tiba. berdekatan dengan susur masuk ke bangi. aku segera memperlahankan kereta. apatah lagi aku memandu di lorong laju, lorong paling kanan. otakku pantas berfikir kemungkinan yg mungkin berlaku. sebaik memperlahankan kenderaan, aku tekan punat isyarat lampu kecemasan. tujuannya supaya pemandu lain nampak & boleh bereaksi balas bahawa ada pemandu kenderaan lain di depan mereka sedang dalam kesulitan. aku perhatikan melalui cermin sisi & cermin pandang belakang untuk melihat jarak kenderaan di belakang. ada sebuah bas ekspres & beberapa buah kenderaan lain. pada jarak yg membolehkan aku menukar lorong ke kiri.
lantas aku terus ke lorong paling kiri & kemudiannya berhenti di lorong kecemasan. mujur juga kejadian berlaku di bahagian lebuh raya yg ada susur masuk-susur keluar. jadi ada ruang lebih lebar untuk aku memberhentikan kereta pada kedudukan lebih selamat. sebab selalu kita dengar kemalangan berlaku akibat melanggar kenderaan yg berhenti di lorong kecemasan. aku pastikan aku berhenti paling rapat sekali ke tepi rumput.
aku takdelah risau sangat pasal nak ganti tayar yg pecah. aku rasa selamat daripada kejadian yg lebih buruk pun dah syukur. aku tidak tergesa-gesa nak menggantikannya sebaliknya aku nak pastikan ruang yg selamat untuk menukar tayar. sebab lebuh raya ini sibuk & ada kemungkinan berlaku kemalangan tidak diingini semasa menukar tayar. lagi pula tayar yg pecah tersebut ialah tayar belakang sebelah kanan. maknanya kalau nak tukar tayar aku perlu berada di bahagian menghadap lebuh raya. sekali lagi aku berdepan kemungkinan bahaya tidak dijangka. lagi pula aku sudah punya 'pengalaman' menggantikan tayar kereta yg pancit. jadi aku tahulah sedikit sebanyak apa yg perlua kau buat.
sebaik aku membuka bonet belakang, untuk keluarkan tayar ganti & peralatan menukar tayar, tiba-tiba muncul sebuah kereta putih berhenti di depanku. dua orang lelaki menegurku. fahamlah aku mereka adalah mekanik 'cari makan' yg akan berulang alik sepanjang lebuh raya menghulurkan 'bantuan' kepada mereka yg mungkin mengalami masalah kenderaan rosak, kemalangan kecil atau tayar pecah seperti aku alami ketika itu.
pantas mereka keluarkan peralatan tanpa banyak soal jawab. mengerjakan apa yg perlu. tak sampai 10 minit kerja 'profesional' mereka disiapkan. selepas 'tawar-menawar' harga upah, mereka meninggalkan aku dengan pesanan supaya segera ke bengkel kereta terdekat untuk menggantikan tayar simpanan & pandu dengan perlahan. dalam situasi begini aku kira, tak perlulah nak berkira sangat pasal duit. asal kita selamat sampai, sudah cukup baik.
+++++++++++
aku pandu kereta dengan perlahan di lorong paling kiri. walaupun ada pemandu yg tidak faham yg mengekori rapat, menyalakan lampu & membunyikan hon, mereka pastinya faham bila memotong keretaku & nampak aku menggunakan tayar ganti sementara yg lebih kecil dari saiz tayar sebenar lain malah berwarna kuning pula...!
aku segera ke bengkel paling dekat dengan plaza tol nilai untuk menukar tayar.
semasa berbual dengan mekanik di situ, aku menarik nafas panjang kerana beberapa sebab yg diberitahu olehnya:
- aku bernasib baik tidak memandu lebih laju spt 130kmj ketika tayar kereta itu pecah.
- aku bernasib baik kerana tayar yg pecah itu di bahagian belakang. kebanyakan kemalangan di lebuh raya berlaku disebabkan tayar depan yg pecah sama ada kenderaan mereka akan melanggar pembahagi jalan, kereta terbalik, atau kereta melintangi jalan lalu dirempuh oleh kenderaan lain yg memandu laju di belakang.
aku memanjatkan rasa syukur sambil mengurut dada.
0 refleksi:
Post a Comment