- aidilfitri -

Sep 5, 2011

tak banyak yg nak diceritakan perihal aidilfitri. aku tak bercuti tahun ni. mujur pada isnin, sehari sebelum raya kami diberi pelepasan kerja separuh hari. dapatlah aku pulang awal. pada jangkaan aku, hanya akan bertolak balik pada malam raya. jadi, petang itu, sekitar jam 3:30 ptg aku sudah bergerak ke kampung wifey di pahang.


sebenarnya pada hari sabtu, aku sudah menghantar wifey, eril, erol dan erin ke kampung. maklumlah nak bantu persiapan raya di kampung. lagipun, yg tak bercutinya aku seorang, tak adillah bagi mereka utk tidak berasa kemeriahan raya semata-mata utk menemankan aku. aku sanggup korbankan masa & tenaga (pemanduan memakan masa 4 jam sejauh 380km). aku tak kesah, asalkan mereka bahagia.


namun perjalanan aku tersangkut antara ulu bendul hinggalah ke tg ipoh di kuala pilah. perjalanan yg sepatutnya tak sampai setengah jam antara jarak itu terpaksa dilalui selama 1 jam setengah. berikutan kemalangan jalan raya berhampiran tg ipoh, menyebabkan laluan ditutup sementara.


aku hanya berbuka, air mineral. dalam kereta ketika hampir sampai di muadzam shah. kerana pada jangkaan aku boleh sampai dan sempat berbuka di kampung. silap aku juga, ambik mudah akan risiko yg harus ditanggung dalam perjalanan yg jauh dan panjang. tak mengapalah. hari terakhir puasa...


sampai di kampung, kira-kiranya dalam jam 8.20. malam raya. lepas makan, pergi berkumpul di masjid kejap. ada majlis bertakbir beramai-ramai. kemudian balik rumah sambung makan lagi. apalagilah feberet aku, ketupat dan rendang. selain nasi dagang. sambil tu ada acara, main bunga api dan mercun. ternyatalah, suasana beraya di kampung lebih meriah di kampung. terutama bila dapat berkumpul dengan saudara mara.


esoknya, selesai solat sunat aidilfitri di masjid, macam biasa, kami bermaaf-maafan sesama keluarga. kemudian menziarah pusara saudara mara yg sudah pergi dahulu menghadap illahi. dan mengunjungi rumah saudara lain di kampung. paling seronoknya makan lemang yg mereka bakar sendiri dan rendang ayam kampung.


esoknya, pada ailfitri ke-2 sudah bersiap-siap nak pulang beraya ke kampung aku pulak. lagipun sebelah malamnya, ada kenduri doa selamat. sempatlah singgah dalam perjalanan balik itu di kuantan, dua buah rumah sedara mara.

0 refleksi: