"sakit apa?" - tanya cik doktor. ya, doktor muda. aku kira belum kahwin. sebaik saja aku melangkah masuk ke bilik rawatan.
aku pun jelaskan apa yang 'sakit'.
bahu aku terkehel sikit. puncanya 2 hari sebelum tu, panjat tangga nak repair lampu yg rosak. tiba-tiba tangga nak rebah. bahu aku entah macam mana terpusing dan terkehel sikit. sakitnya sudah kurang pagi itu. tak seperti sebelah malamnya. mula-mula aku tampal koyok - macam orang dulu-dulu pulak rasanya. sengal sikit balik berkebun atau bersawah, tampal koyok. tapi sakitnya tak lega mana pun. kemudian gosok dengan 'yoko-yoko'. leganya sekejap aje.
sudahnya aku telan pain killer sebijik. bolehlah aku tidur.
sepatutnya kalau salah urat, terkehel, terseliuh, memang kena jumpa tukang urut. yg bertauliahlah. atau yg berpengalaman. diketahui pakar dan memang sudah terbukti kemampuannya. bukannya semalam bukak kedai urut, hari ni dah mengaku pakar urut. tapi kalau jumpa mereka, tak dapatlah cuti sakit. kalau kita bekerja dengan kompeni, kena ada surat akuan sakit. kalau tak. majikan takkan percaya. lagipun untuk direkod. kalau jumpa tukang urut, takdelah diberikan surat perakuan sakit untuk cuti sakit...
jadi, nak tak nak. gagahkanlah juga ke klinik. ataupun hospital. dalam hal ni, ke klinik lebih mudah. tapi, beginilah sudahnya. setakat diberi ubat penahan sakit je. dan dinasihatkan berehat. kalau diberi cuti seminggu, sedap jugalah nak berehat. kalau setakat sehari...sakit pun tak hilang.
hari ni, dah masuk kerja dah. bahu masih sakit...bertahan ajelah. harap-harap cepat okey.
1 refleksi:
kena urut tu...nanti melarat
Post a Comment