majlis perkahwinan jika tidak dirancang atau diatur dengan rapi akan mengundang ketidakpuasan hati para jemputan. ini tidak ada kena-mengena dengan majlis yg aku hadiri tempoh hari. bukan aku nak banding bezakan majlis yg dianjurkan. mewah atau tidak. kecil atau besar. tetapi layanan yg diberikan, adalah lebih bermakna. seribu maknanya bila rasa dihargai, penat dan jarak yg dilalui terasa berbaloi.
kebetulan majlis yg baru aku hadiri ini, masih dalam suasana hari raya. ini mengingatkan aku akan majlis kahwin yg pernah aku hadiri dulu. pada musim hari raya juga. tetapi berbeza sekali layanan yg kami terima. ianya akan ku kenang sebagai majlis perkahwinan paling tidak mahu aku ingati. sejak itu, aku sedikit cuak untuk hadir di majlis kahwin.
masakan tidak, kami sekeluarga dijemput ke majlis kahwin pada sebelah malam. kami difahamkan majlis nikah sudah diadakan di sebelah pagi. tetapi cuma saudara terdekat yg hadir ketika itu. majlis sebelah malamnya adalah kenduri disertai acara marhaban, berzanji dan majlis berinai serta merenjis dan tepung tawar pengantin. sudah tentulah, majlis makan-makan juga ada.
bila sampai di rumah pengantin, kami terkejut besar. kerana kehadiran begitu ramai jemputan. hanya satu khemah besar disediakan. disediakan port tertentu untuk mengambil makanan. termasuklah sate, kueh tiau, laksa, hidangan nasi secara bufet, abc, lemang/ketupat dan rendang.
kehadiran kami tidak disambut oleh sesiapa pun daripada kalangan penganjur atau tuan rumah. kami difahamkan tuan rumah berada di dalam rumah menyertai majlis berzanji. tetapi tidak ada seorang wakil tuan rumah berada di luar. atau penyambut tetamu disediakan. suasana agak berserabut dengan begitu ramai tetamu. meja dan kerusi tidak cukup. nak ambil makanan pun kena berebut atau beratur panjang.
pada mulanya, kami tercangak-cangak juga. manalah tahu, akan ada peluang untuk duduk. tapi para jemputan lain, tak putus-putus datang. malah makin ramai daripada sebelumnya. nak ikutkan hati, mahu saja kami angkat kaki pulang. tetapi memandangkan sudah menempuh perjalanan jauh, anak-anak pula sudah mula menarik tangan mahu makan. kami pun beratur samalah.
aku dapat lihat, ramai tetamu yg datang, mengambil keputusan, untuk berpatah balik. ramai lagi yg makan sambil berdiri. ramai lagi yg makan sambil menyangkung, atau duduk di mana saja termasuk di bahu jalan atau tepi longkang. hendak tak hendak kami juga 'terpaksa' menyertai mereka. sate dihadkan 5 cucuk seorang, kueh tiau goreng setengah piring seorang, abc semangkuk, lemang 5 ketul. bufet nasi hanya tinggal nasi sahaja, lauknya dah tinggal bekas. walhal waktu itu baru jam 8:30 dan majlis bermula jam 8:00 hingga 10:00 malam dalam kad jemputan.
ramai jemputan yg pakai 'baju glamor', muka macam menyesal datang. kami difahamkan, majlis kahwin itu disekalikan sempena 'rumah terbuka' hari raya. oleh sebab itulah ramai yg hadir. seluruh penduduk taman perumahan itu dijemput hadir sama untuk rumah terbuka. sudahnya bertembung dengan jemputan untuk majlis kahwin.
selepas makan sekadar alas perut, kami pun pulang. tanpa berjumpa tuan rumah atau wakilnya. usahkan batang hidung, bayang mereka pun tak nampak. sedangkan pengacara majlis berulang kali mengatakan 'jemputlah menikmati hidangan'. sedangkan tidak ada apa yg dinikmati. yg ada cuma sakit hati.
itulah pengalaman menghadiri majlis kahwin, paling buruk pernah aku alami. dalam perjalanan pulang, kami singgah ke kedai mamak. lengkap dengan baju glamor...apa nak buat, dah lapar.
3 refleksi:
tak pernah lagi kena gini...aku bakor je khemah tu
kalau sy mengamali situasi sebegini pun akan sakit hati.ambik pengajaran supaya kita tak buat kat org camni dimasa akan datang
yep jadilah tuan tumah yg baik...
Post a Comment