sebentar tadi, aku diberitahu oleh kakak sekretari yg boss tengah marah-marah.
"macam mana boleh jadi mcam ni !..." begitulah dia memetik kata-kata boss.
dia merujuk kepada laporan yg aku hantar semalam. yg baru aku tahu deadlinenya pagi itu.
rupa-rupanya sudah dimaklumkan 10 hari lepas kpd satu lagi jawatankuasa.
aku dalam satu lagi jawatankuasa sebagai setiausaha utk menyiapkan laporan yg satu lagi.
bagaimanapun, laporan aku bergantung kepada laporan yg disediakan oleh jawatannkuasa yg satu lagi itu. aku kena tunggu mereka serah pada aku sebelum boleh menyediakannya.
dan laporan mereka itu hanya diserahkan pada aku pagi selasa lepas. dan aku siapkan dalam tempoh sehari saja, dan serahkan gabungan kedua-dua laporan itu dalam tempoh 24 jam iaitu semalam, hari rabu.
aku difahamkan yg laporan kami ditolak dan tidak diluluskan kerana diserahkan lewat mengikut masa yg ditetapkan. itulah puncanya, boss marah-marah.
aku sedang tunggu, bila boss nak panggil aku ni...
aku boleh saja cakap yg jawatankuasa yg satu lagi punca masalahnya. tapi, yg duduk dalam jawatankuasa itu, adalah kawan-kawan aku jugak!
uish...dah jadi komplikated ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
balik cuti baru nak tarik napas
keje dah mengejar :)
nko kena explain kat boss, nanti dia ingat kau yg buat hal...dah la baru balik cuti. kengkadang kwan-kawan jugak, kalau tak betul...kenalah jugak!
Post a Comment