aku tak kenal dia. maksud aku, aku tak tahu namanya. tak pernah berbual. malah cuma bertukar ucap salam sahaja. tapi kami semacam sudah ada ikatan. sejak lebih 2 tahun dia akan ada di situ. dengan kerusi rodanya. seawal pagi. di depan pintu masuk sebuah bank di PJ.
setiap hujung bulan aku ke sana. untuk urusan bank. maksud aku, berurusan dengan 'mesin' bank. biasanya sebelum waktu pejabat. tak ramai orang. paling penting takde masalah parking. lagipun, antara perkara paling malas bagi aku ialah berurusan di kaunter. kalau dapat elak, aku cuba elakkan.
berbalik pada orang itu. aku jangka usianya dalam lingkungan 60-an. bersongkok lusuh dan berpakaian comot. berkerusi roda. kakinya kudung sebelah. (tak sampai hati pula nak mengambil gambarnya...). memegang satu bekas duit, untuk sesiapa yg sudi menghulur sedekah. kepada yg seikhlas hati menghulurkan akan diberinya pula surah yasin, ayat kursi atau koleksi himpunan doa. aku tak tahulah sama ada dia berada di situ sepanjang hari. tapi biasanya seawal pagi lagi aku sudah terserempak dengannya. dia pun sudah kenal aku. setiap kali, selepas berurusan dengan 'mesin', akan kuhulurkan sedekah padanya. mungkin sebab itu dia kenal aku.
orang bolehlah kata dia peminta sedekah. atau pengemis. terpulang...
seingat aku, setiap kali aku ke situ, tak pernah tidak aku memberinya lebihan rezeki yg aku ada padanya. kadang-kadang aku ambik saja surah yasin, tisu, ayat kursi yg diberinya. dah banyak sangat dah. sebahagiannya aku letakkan di surau ofis. sebahagian lagi ada di rumah. ada juga aku longgokkan saja dalam dashboard kereta. kadang-kadang aku tak ambik pun.
biasanya aku tak letak ke dalam bekas yg dihulurnya. sebaliknya aku salam tangannya, sambil berikan sedekah wang.
kadang-kadang terlintas di fikiran aku, di manakah keluarganya? hingga terpaksa mengemis dan menagih simpati orang demi sesuap nasi...
mungkin juga dia tak punya keluarga. hidup sebatang kara. kalau begitu di mana dia tinggal? adakah cuma tidur di kaki lima? cukup makankah dia?
ada kala, terfikir juga di benak ini. untuk membantu lebih daripada sekadar memberikan sedekah wang yg tak seberapa.
tak semua orang bernasib baik dalam dunia ini. dalam beratus atau beribu orang yg berurusan di bank itu setiap hari, agaknya berapa orangkah yg menghulur sedekah padanya. depan mataku sendiri, ada yg tak menjawab pun salam daripadanya. tak pandang pun. seolah-olah di tak pernah berada di situ. tak wujud...!
2 refleksi:
terharu baca. betul, tak semua org bernasib baik dlm dunia ni. kita patut bersyukur
taknak bagi duit pun apa salahnya senyum kat dia..tanda sesama menusia.
Post a Comment