aku dalam perjalanan pagi tadi untuk temu janji, di usim, nilai. bila terima panggilan telefon dari ofis.aku diberitahu bahawa boss mengarahkan supaya laporan yg sebenarnya aku sudah siapkan supaya dihantar sebelum jam 2:00 petang. walhal aku tidak diberitahu pula sebelum ini yg deadline nya petang ini.
alamak aku sedikit panik. laporan itu pula ada di tangan aku pada ketika itu. aku bercadang nak menghantarnya untuk ditandatangan oleh pengerusi jawatankuasa selepas balik dari janji temu pagi itu. tapi lain pulak perancangan boss.
mujur juga yg memandu ketika itu ialah rakan sekerja aku. kalau tidak mesti berserabut kepala otak. tumpuan memandu juga pasti tak tentu arah.
aku berfikir sejenak. takkanlah aku nak berpatah balik. batalkan temu janji. pada ketika itu, kami baru melepasi susur masuk ke kajang. sudah separuh perjalanan ke nilai.
aku perlu fikirkan jalan penyelesaian segera. "ishh kenapa lah tak diberitahu awal-awal. atau sekurang-kurangnya sebelum aku keluar dari ofis tadi..." bentak hati aku.
otak ku berfikir ligat. mencari idea untuk menyelesai kemelut ni.
POP!
aku dapat idea bergeliga...
aku telefon kak A.
"kak A, boleh tolong saya. urgent ni"!
"pegang telefon ni. ikut arahan saya....."
"masuk ke bilik saya. bukak pc. cari file pada desktop....bla bla bla.....print"
"lepas tu bagi pada V. kejap lagi saya call dia. bagitau apa nak buat..."
lepas tu aku letak telefon dan dail no. telefon V pulak.
"V. tolong aku. ini urgent. boss suruh hantar....bla bla bla....."
V menurut saja. mujur jugak, mereka ni mendengar kata. dan aku gunakan perkataan "urgent" dan "boss suruh..."
kalau tak mungkin jugak tak jalan...ha ha.
fuhhhhhh setel masalah besar. lega....macam batu besar dah takde lagi terletak atas bahu....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
sib baik ada kawan2 boleh tolong..
letak nama bos baru keje jalan laju sikit :)
hohoo jual nama boss yek!
Post a Comment