kira-kira seminggu lalu, aku ada temu janji dgn seorang chef eksekutif. pertemuan itu sebenarnya ada kaitan dengan projek baru kompeni aku. dia bekerja dgn sebuah kelab eksklusif dan mewah di ibu kota. orangnya masih muda. tapi banyak pengalaman. pernah bekerja di luar negara pun. perbincangan kami sebenarnya dalam suasana santai. dia tak lokek berkongsi pengalaman.
antaranya kami berbual pasal rancangan masterchef. sebuah rancangan tv realiti yg sedang hangat dipertontonkan di tv. aku ni jarang sekali menonton rancangan tv yg tiada kaitan dgn sukan atau berita. rancangan hiburan terutama konsert live sesekali tu layanlah jugak. atau movies yg menarik terutama genre aksi atau thriller. rancangan lain cuma sekadar nak layan wifey atau anak-anak sambil main fesbuk, internet atau bacaan sampingan lain.
masterchef malaysia ni kira program 'francais' yg konsepnya diambil daripada program tv yg popular di negara lain terutama US. samalah seperti malaysian idol, akademi fantasia, roda impian, anda ada 60 saat, dan terbaru 1,000,000 money drop.
bezanya mungkin ada sesetengahnya berbentuk realiti tv. dan yg lain pulak berbentuk permainan atau games.
tapi nampaknya aku dah terpikat dengan rancangan ni. terutama ianya memang bersifat real. itulah sepatutnya ciri yg ada dalam sebuah rancangan tv realiti. sebab program yg lain sebelum ini lebih bersifat sengaja cuba menaikkan emosi penonton. kadang-kadang macam sedikit digembar gemburkan atau senang cerita bersifat 'lakonan' atau 'palsu' (fake).
program ni disertai oleh orang biasa. maksudnya ordinary people. dekat dengan kita, seperti kita. bukan nak kejar glamor. mengejar cita-cita terpendam. cuba mengadu nasib dengan kecekapan atau kemampuan yg ada. pesertanya terdiri daripada orang biasa - doktor gigi, peguam, penulis novel, pelajar kolej, pekebun, suri rumah, bekas askar malahan penoreh getah...
jadi, ianya berpijak di bumi nyata. realistik bukan plastik.
walaupun malam tadi, semua orang sibuk dengan episod akhir drama melayu yg hit, 'cinta ellysa' dengan heroinnya fasha sandha dan hero misai nipisnya, johan (@ botak) ashaari...aku tetap tengok masterchef malaysia.
tapi, akhirnya bergantung pada pilihan masing-masing juga. citarasa dan minat masing-masing. kalau aku minat bola, takkan aku nak paksa semua orang termasuk famili aku minat bola dan tonton bola walaupun mereka tak minat. aku bukan saja minat tapi dah fanatik sangat atau orang sebut gila bola. kalau miss satu perlawanan team yg aku minat, rasa macam tak kena. tapi aku kena jugaklah bertimbang rasa. tak mahu orang yg aku sayang - famili - merajuk pula nanti. penyelesaiannya, hujung minggu sebelah malam adalah program bola. dan lebih mudah kalau ada 2 tv dan 2 astro, seperti aku....ha ha ha
hakikatnya, takde program tv yg terlebih real selain bola sepak!
3 refleksi:
setuju :-) dah lama katakan TIDAK pada realiti show spt AF..tapi sekarang sagt sukaaaaaaaaaa ngan masterchef..ulangan pun tetap nak tengok
lepas ni kau tentu pandai masak-memasak bro...! ha ha
uwahhh. camner boley terlepas ni. i pun nak join tgk
Post a Comment