selama ini aku ingatkan memandu di KL sudah cukup mencabar. dengan kereta yg banyak dan jalan yg sesak. rupanya memandu di P.Pinang lagilah penuh cabarannya. sudahlah kita ni tak berapa mahir dengan selok-belok dan arah tujunya. ada jugak sesetengah jalan yg sesak. ditambah pulak dengan pemandu dengan nombor plat P di awalnya, agak kurang 'mesra alam' bila kita memandu perlahan dan memandu tercangak-cangak sambil membaca sign board tepi jalan, kerap kali dihimpit, dihon dan dipotong pancungnya kita, sesedap hati...
tak mengapalah, memandu di tempat orang. kenalah berhati-hati dan hormat pada 'tuan rumah'. tapi paling tak seronoknya macam sudah jadi trend di sana, meletak kereta di bahu jalan. sebab tu jalan yg sepatutnya 3 lorong jadi 2 dan yg dua lorong jadi satu. jalan yg sepatutnya lancar jadi tersekat-sekat. bukan setakat pinggir bandar seperti batu feringghi tapi tengah bandar george town dan sekitar tepi bangunan komtar pun mereka letak kereta tepi jalan jugak...!
dan aku membayangkan bila singgah ke bukit bendera dan naik tren ke puncak bukit, yg menjadi tumpuan ramai itu, tentulah disediakan tempat letak kenderaan. tapi silap rupanya. kemudahan itu tak disediakan. alasannya, agar pengunjung menggunakan pengangkutan awam. makanya, letak sajalah di mana-mana bahagian bahu jalan, bawah pokok, tepi parit, asalkan tidak menghadang pintu rumah orang....
okay. cukuplah dengan perkara negatif. tujuan cuti ni nak enjoy. hari pertama memandu melalui jambatan. erol tak putus-putus ambik gambar. oleh sebab dah petang kami terus saja ke hotel penginapan. sengaja pilih di kawasan pantai, ya sekitar batu feringghi. pantainya cantik. meriah dengan aktiviti pantai. boleh naik banana boat, boleh main jet ski, boleh tunggang kuda, sewa bot pusing pulau terdekat, atau sekadar mandi manda di pantai.
bezanya kat sini orang tempatan, maksud aku bukan pelancong orang putih pun pakai bikini atau 3 pieces mandi kat pantai atau kolam renang. termasuk yg melayu pun, tanpa segan. kitalah pulak yg rasa segannya.eril, erol dan erin bila dah dapat main air susahlah nak panggil naik ke darat. sampai diorang kecut, letih dan tak larat barulah nak naik. tapi kali ini, aku biarkan saja. hinggalah lifeguard membunyikan wiselnya menandakan masa bermandi-manda sudah tamat. dah nak malam dah...
aku cuba-cuba jugak main jet ski. tapi mamat yg jaga tu asyik bersorak suruh aku pandu laju sikit. ish....aku takde lesen jet ski woooi. bila dah lama sikit naik syok pulak. dah boleh buat aksi mat rempit dalam air...ha ha
kemudian aku teringin nak naik parasailing. agaknyalah kot. yg naik macam payung terjun, yg diikat talinya dengan bot tu. antara nak dengan tidak, aku pun beratur ambik giliran. ngeri pun ada. mana tau, tali terputus dan jatuh ke laut. tapi nak try jugak pengalaman tu.
tiba-tiba kejadian yg tak ingin dilihat berlaku. salah seorang yg sedang naik parasailing tu tiba-tiba menjerit-jerit. semua orang terkejut dan panik. tali yg diikat pada bot yg menariknya mungkin terputus atau tertanggal. jadi, dia melayang-layang di udara. pekerja yg mengendalikan sewa parasailing jadi kelam kabut. masing-masing menjerit memberikan arahan dan panduan bagaimana untuk orang itu mendarat. dan tidak jatuh ke laut.
mujur akhirnya, dia mendarat ke pantai. walaupun tergolek jugaklah jatuhnya. melihatkan kejadian itu, aku yg sedang menunggu giliran, kecut perut. dan ambik keputusan tak jadi mencuba. rupa-rupanya bukan aku saja, beberapa orang lain yg sedang beratur pun, menarik diri...hu hu .bukan takut tapi demi keselamatan....alasan!
malam tu kita orang pusing-pusing pasar malam batu feringghi yg famous tu. anehnya ramai jugak mat arab dan mat pakistan yg buka gerai. macam-macam benda yg dijual. kita boleh tawar-menawar dan kena pandai pilih barang yg betul-betul kualitinya tak jauh dpd yg original.
apalagilah yg dicari untuk makan di p.pinang kalau bukan nasi kandar dan pasemburnya. walaupun sedikit keletihan kerana menempuh perjalanan yg jauh, kami tidur agak lewat kerana meronda sekitar batu ferringhi. dan tidur pun dalam kekenyangan yg teramat....
2 refleksi:
kalau balik kg saya (klate) pun sama..guna line laju tapi bawak cam siput..macam makan angin
pastu suka suki kuar simpang tak bagi signal..tengok2 sume yg drive dah pakcik2..nak geram pun tingat kat bapak sendiri
ha ha naik paragliding kunun!
bila nak hantar buah pala kat aku :)
Post a Comment