sebenarnya menjadi wakil lebih sukar daripada yg diwakili. kalau orang yg 'mewakilwalikan' tu mungkin tidak sukar kerana itu sebahagian tugas hakikinya.
yang nak aku ulas ialah wakil dalam mesyuarat. lebih-lebih lagi bila kita mewakili boss. boss kita kengkadang memang pandai. dia akan pilih mesyuarat yg dia akan hadir, dan yg mana tidak. lebih penting atau kurang penting. atau yg ada kepentingan dan glamor dengan yg tidak. atau kalau ada orang besar-besar turut hadir, macam mana sibuk pun, dia akan cuba menyelit datang jugak...ha ha ini dah kutuk belakang boss ni.
selalunya wakil akan duduk diam-diam saja dalam mesyuarat. bersuara kalau perlu saja.
yang lecehnya, bila balik ofis nanti kena buat report. atau bagi taklimat pada boss berkaitan mesyuarat yg kita hadir sebagai wakil tu.
yang tak sedapnya, kengkadang kita tak tahu apa nak dicatatkan. ada kalanya kita hanya jadi pendengar dan tak ambil bahagian, makanya banyak poin yg tak kita ingat.
lebih buruk lagi, dalam mesyuarat pagi ni, di mana aku mewakili boss. satu biji butir pun takde apa yg aku catatkan. mungkin sebab aku mengelamun. maklumlah sekarang ni tengah sibuk siapkan perancangan tahun depan yg nak kena hantar esok. masih tak siap lagi.
sudahnya, yg aku ingat hanyalah apa yg aku makan masa tea break tadi.
mihun yg tawar, dan kuih karipap yg keras!
apa aku nak kelentong boss ni.....adeh!
3 refleksi:
hahahhaa
tu je yg igt..
mihun tawar dan karipap keras
selamat meng 'kelentong' yer
reportnya bertulis begini:
1. mihun - tawar
2. karipap - keras
ha ha ha
org kanan boss kenala jd wakil...bro
Post a Comment