kalau ikutkan aku, nak tengok movies tempatan tunggu je masuk astro first. malas nak tempah tiket, tak kuasa nak beratur. kengkadang rasa muak nak tengok perangai couples yg menonton. orang tengok wayang, mereka main wayang. apatah lagi kalau kita bawak anak-anak.
oleh sebab diorang cuti sekolah ni, hari tu wifey dah ambik cerita dua wayang kat astro, yg tak lah berapa best. tapi cukuplah untuk mengisi 'masa lapang' mereka kat rumah. untungnya, rm15 aje, tengok ramai-ramai dan boleh tengok berulang kali dlm tempoh 60 jam - terutama sekali erin, sampai boleh hafal jalan cerita & dialog.
tapi tengok kat rumah tak best, kata mereka. skrin 42 inci je. sistem audio tak bergema berdentum dentam macam kat panggung. boleh makan pop corn kotak besar sekali. tak boleh gelak ramai-ramai. tak real... macam-macam la, alasan.
jadi semalam selepas pusing-pusing shopping complex dan makan-makan. beli sikit-sikit keperluan sekolah, akhirnya, termakan jugak cakap-cakap diorang. layan jugaklah movie. cerita yg bertemakan kanak-kanaklah atau animasi. best jugak, orang dewasa macam kita tengok. dulu zaman kita adalah jugak kartun, tapi tengok kat tv je.
yg tengok 'ombak rindu' masih penuh panggungnya. wifey dah pergi tengok dengan kengkawan ofisnya, sebab aku malas nak layankan...hu hu.
1 refleksi:
tunggu ombak rindu masuk tv ke la.bayar rm15 tengok ramai2 sambil makan keropok dan sirap.hehe
Post a Comment