- angkara sebotol minyak angin -

Apr 4, 2013


malam tadi agak luar biasa sibuk.
mula-mula hantar erol dan erin ke kelas tuisyen.
kemudian balik makan.
erol dan erin dah makan awal, sebelum maghrib tadi.
wifey masak 'nasi goreng kampung special'.
iya lah... mana ada nasi goreng kampung ada ayam goreng drumstick seketul sorang dan telur mata sebijik sorang...hehehe
tapi aku tak makan banyak.
badan yg tak berapa sihat sejak 2-3 hari ni disusuli batuk-batuk.
hidung pun tersumbat. deria bau pun tak berapa nak clear....

lepas makan, duk rehat tengok tv.
sebab sebelah siangnya parlimen bubar, maka hampir 3/4 berita di tv berkisar pasal tu aje.

kemudian wifey ingatkan, yg minyak keretanya dah tinggal 1 bar.
mintak tolong aku isikan.
aku bilang "jap lagilah...lepas berita..."

kemudian eril yg tengah buat homework pulak pesan.
"kalau papa keluar nanti, eril nak ikut. nak fotostat peta ni. nak buat kerja sekolah..."

aku bilang "jap lagilah...lepas berita..."

jam 9. aku dah nak gerak.
wifey mula bagi pesanan penaja.
"nanti singgah kedai, belikan roti untuk budak-budak sekali...."
anak-anak aku biasanya mesti ada stok roti dalam kabinet kat dapur.
tak kiralah roti keping-keping ke, roti ikan bilis ke, roti coklat ke.

masa tengok berita di tv tadi, aku teringat ada satu benda yg aku belum setel.
kelas tuisyen diorang tu, belum bayar lagi.
hari ni dah 3 haribulan.
sangkut pulak gaji cikgu tuisyen nanti...hu hu

nak isi minyak, jauh sikit.
kena pergi pekan salak. itulah petronas yg terdekat.
boleh tahan jugak jemnya pekan salak.
bukan apa, hari rabu biasanya ada pasar malam.

balik tu singgah kelas tuisyen.
nak buat bayaran. ada dua tiga orang mak bapak yg tunggu giliran.
ingatkan aku je yg lewat bayar.
sementara tunggu tu aku duduk sebelah satu perempuan dengan anaknya.
aku takde pilihan tempat duduk lain.
dia macam tak selesa....
argh...takpelah. kejap je.

masa bayar tu pun, entah kenapa tuan punya kelas tuisyen macam tak selesa gak.
macam tension sikit.
selalunya kita ada gak borak-borak.
kali ni dia macam nak cepat-cepat je.
buat semakan, ambik duit dan bagi resit.
mungkin dia tengah pening, mak bapak macam aku ni lambat bayar kot.
tengah pening nak fikir bayar gaji pekerjanya atau cikgunya.
tapi, pada kad bulanan kelas tuisyen tu, tarikh akhir bayar ialah selewat-lewatnya 5 haribulan.
ha ha ha...

lepas bayar kelas tuisyen.
pergi kedai fotostat. ada 2 orang yg tengah tunggu.
kemudian masuk seorang perempuan dengan anaknya.
lebih kurang baya-baya wifey la.
mula-mula dia bertegur sapa dengan eril. aku pun join sama.
rupa-rupanya dia cikgu sekolah eril.
tapi aku perasan, dahi dia berkerut-kerut sikit masa berbual tu...
kenapa yek?

setel fotostat.
singgah pulak satu kedai runcit dekat situ juga.
beli stok roti.
adik kaunter kedai runcit tu pun macam tak berapa nak mesra.
senyum macam nak tak nak je.
tak macam biasa.
apehal entah...

ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum erol dan erin habis kelas tuisyen.
sementara menunggu, masuk seven E.
apa lagi beli slurpee la.

tepat jam 10. budak-budak kelas tuisyen mula berduyun keluar.
erol dan erin senyum je bila nampak slurpee di tangan aku.


***********

sampai rumah.
masuk je.
benda pertama yg wifey tegur...

"awak pakai minyak angin banyak sangat la....bau kuat satu rumah"

aduhai.....
banyak betul tempat yg aku singgah tadi.
stesen minyak. kelas tuisyen, kedai fotostat, kedai runcit, seven E.
tentu diorang cakap dalam hati.
"adus...mamat ni pakai minyak angin harum semerbak...!

memanglah aku pakai minyak angin.
sebab selesema dan batuk-batuk.
memang sah deria baru aku gagal berfungsi dengan baik, disebabkan hidung yg tersumbat kerana selesema...
sebab aku tak bau apa-apa. dan tak sedar pakai banyak ke sikit.

kenapa lah si eril tak tegur aku masa dalam kereta tadi.
patutlah diorang tak berapa nak 'mesra' hari ni, berkerut dahi la, macam-macam.
adehhhh...!!





2 refleksi:

rahimin said...

akibat kegagalan fungsi hidung...hahaha

Irfa said...

kah kah kah
krn minyak angin rupanya
bukanlah pasal mende lain ;)