- lunch hour: do not disturb -
Apr 22, 2013
lepas balik lunch tadi, aku tengok jam 1:42 pm.
huh, sempat rehat kejap baca paper.
macam biasa aku baca terbalik dari belakang dulu, berita bola..
muka depan dah tentulah pasal PRU.
tengah ralit membaca, sambil goyang kerusi.
pintu bilik ofis aku diketuk.
"i ada hantar satu e-mel. urgent.
confirmkan pasal backdrop design tu. petang ni nak hantar print..."
katanya tanpa ditanya.
bercakap dari muka pintu aje, tak masuk pun.
bukan ke waktu ni, waktu rehat?
tak boleh tunggu pukul 2:00 pm nanti ke?
...dan lebih musykil lagi
bukan ke benda urgent tu sepatutnya settle jumaat lepas?
kenapa baru hari ni nak mintak confirmation daripada aku.
********
aku sambung baca paper.
harga gareth bale 100 juta!
qpr makin pasti tersingkir
malam ni man utd lawan aston villa.
barca dan real madrid menang lagi...
ghani lawan kit siang di gelang patah
nurul izzah yakin pertahan lembah pantai
kemalangan ngeri di lebuh raya persekutuan
*********
pukul 2:01 pm.
aku sambung kerja macam biasa.
e-mel tu aku ignore je.
2:30 pm
dia ketuk pintu lagi.
kali ni, bagi salam dan masuk.
"boleh tak tolong confirmkan pasal design tu..
sebab orang printer nak datang kejap lagi..." katanya separuh merayu.
"kan ke patut dah hantar jumaat lepas?
kenapa baru nak confirm hari ni?" aku pun lepaskan dua das tembakan.
"mintak maaf la.
tolongla confirmkan. kalau boss tahu tak hantar lagi, sakit lah i nak jawab...!"
macam nak nangis dah aku tengok.
lain kali, jangan buat lagi ya...
mungkin patut gantung 'do not disturb' macam kat hotel tu.
lagipun kata orang: kalau nak mintak tolong biarlah lembut gigi daripada lidah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 refleksi:
tu pasal aku taknak duk opis kalau lunch hour
Post a Comment