- kita mula sedar anak dah besar bila ... -

Apr 18, 2013



(ikut pandangan budak lelaki sebaya eril)

kasut
tak nak pakai kasut yg guna strap.
nak yg guna tali.
sanggup bersusah payah, cuba belajar ikat tali kasut.
pakai kasut strap ni untuk budak-budak je.
biarlah susah sikit atau lambat sikit pakai kasut.
yg penting, mesti bertali.

beg
biarlah ada jenama sikit.
tak kisah lah walaupun tiruan.
tak nak yg ada gambar kartun atau adi wira - power rangers, spiderman etc.
lepas tu, sengaja keluarkan 1 atau 2 buku tebal pegang di tangan.
walaupun masih ada ruang dalam beg.
barulah nampak macam orang besar sikit.

bekal
tak payah susah-susah sediakan bekal makan.
bekas air -sirap atau oren dibuat di rumah - pun tak payah.
bagi je duit lebih sikit. boleh beli kat kantin.
rasa tak best kena makan bekal dari rumah.
atau bawak bekas air dari rumah..
tekak kering sikit pun tak pe.
nanti kengkawan ajuk, macam budak kecik masih bawak bekal.

ini tiga aspek penting yg perlu ditukar.
perkara asas, tak boleh tidak.
yg lelain tu pun kena tukar.
tapi, boleh ambik masa sikit.
macam fesyen rambut, jam tangan, pencil box, stail bercakap dan cara berjalan.





4 refleksi:

Irfa said...

hahaha..kenangan sgt
yg pompuan pulak dah pandai tengok cermin banyak kali betulkan tudung,awning tudung dah pandai selit plastik kasi tegak x mau jatuh kelepet ;)

zana-norzana said...

haaa yang part bekal tu serupa macam my hero, dah siapkan air bekal lansung tak bawa pun......

rahimin said...

fesyen rambut belah tepi tak nak, nak rambut pacak atau sikat ke depan k-pop hahaha

bangsawan nilai said...


time aku sekolah dulu, trend pakai gel rambut. lps tu sekolah 'haramkan' sbb tak nk bdk sekolah stylo sgt