- ilmu bukan datang dari langit -

Jun 19, 2013


kompeni hantar ke satu bengkel.
2 hari ni aku terperap kat bengkel.
aku lebih prefer pergi seminar, forum ke. ceramah ke atau paling leceh pun mesyuarat la.
bengkel ni penat.
kena perah otak terutama bila ada aktiviti berkumpulan.
nak pulak kalau tak pasal-pasal kita dilantik jadi ketua, kena buat presentation.
kalau kumpulan tu bukan 'satu kepala', mau pening woo...

hmm...hal negatif ni tak mau cerita la.
part paling seronok dapat kenal dengan orang yg tak pernah kenal.
bina networking, kata orang.
selain tu dapat ilmu baru, pengetahuan lebih luas...
taklah terperap kat ofis je.

masa break macam-macam lah yg diborakkan.
ilmu baru jugak dan benda yg kita tak pernah tau, dapat dikongsikan jugak!
ilmu tak semestinya datang daripada orang berilmu saja, atau penceramah yg bagi ceramah.

ni sebahagian 'diskusi' semasa lunch semalam.

'mak cik saya dikesan ada kanser tahap awal. tapi lepas ikut rawatan, berubat sana-sini. kanser tu terkawal lah selepas 2 tahun. hinggalah satu hari, ada kawannya perkenal umat tradisional yg diperbuat daripada gamat. dengan harapan dia pulih sepenuhnya daripada kanser. tapi sebaliknya berlaku, kansernya makin merebak. akhirnya tak dapat dikawal, hingga sebabkan dia meninggal. doktor cuba cari puncanya. sehinggalah diberitahu bahawa mak cik saya gunakan ubat tradisional tadi. doktor bagitau, gamat tu adalah antara puncanya. kerana gamat tu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru kanser. bila pesakit kanser diserang kali ke-2 selepas hampir pulih, maka sukarlah untuk mengubatinya lagi'.
kata peserta dari utara, yg satu grup dengan aku.

'kita kena kawal pemakanan. bukan kawal makan. bapak saya umur dia sekarang 78 tahun & masih sihat. takde penyakit apa-apa. 12 tahun dulu dia disahkan menghidap kanser. tahap 4 pulak tu. doktor pun kata, dia mungkin boleh hidup paling lama 6 bulan je. kalau buat kemo atau radioterapi pun paling lama dia boleh bertahan 10-12 bulan. dia telefon saya sambil menangis. sedara mara saya termasuk tok dan bapak saya berasal dari mekah dan tinggal di mekah. dia hampir putus harapan. hajatnya nak duduk beribadat depan kaabah aje, sepanjang 6 bulan tu. saya nasihatkan dia cuba diet yg kawan saya seorang doktor bagi. makan makanan ikut jenis darah. misalnya jenis darah B boleh makan apa, darah O tak boleh makan apa. dia ikut diet yg saya bagi. alhamdulillah. ayah saya masih hidup, kanser pun dah pulih. baru 2 minggu lepas dia datang ke sabah, ziarah saya dan cucunya'
kongsi cerita seorang rakan bengkel dari sabah.
lepas tu kengkawan yg duduk semeja masa makan tu pun sibuk Q&A pasal diet ikut jenis darah tu.

'aku ni tak boleh makan kerang la. yg aku ingat 2 minggu lepas lepas makan kerang  banyak,  ada sakit susah nak kencing. kencing je sakit. pergi jumpa doktor, check. doktor kata darah kotor. mungkin puncanya makan kerang kot. doktor jugak suspek mungkin tanda-tanda awal sakit batu karang. pakcik aku bagi tau ada seorang pakar perubatan tradisonal yg terkenal boleh ubat batu karang ni. orang kita panggil bomoh atau pak dukun la. tempat tu kat melaka. walaupun aku ni orang melaka jugak. tapi aku tak tahu pun tempat tu. aku pun pergilah dengan bapak dan kaka aku. manalah tau sekarang ni banyak tradisional yg tipu-tipu. sampai sana aku disuruh bersila. dia baca sesuatu dan urut-urut pinggang aku. tekan-tekan. lepas tu dia tunjuk macam batu kecik yg dia dapat ambik dari badan aku. 'kecik ni, baru nak jadi', katanya. sama yg macam yg doktor cakap. tak kena bayar apa-apa. tapi dia bagi ubat. yg ubat tu harga dia satu botol rm80 -120. jalan ank pergi rumah dia ikut jalan celah rumah orang. jalan sempit. tapi ramai orang datang dari seluruh malaysia. jadi jiran dia ambik kesempatan buat bisnes. caj parking. ada jugak yg bukak gerai jual air, untuk 'pesakit' yg menunggu. gerai jual buah dan gerai makan pun ada. dia bawak rezki jugak untuk penduduk kampung yg lain. aku pergi cek dengan doktor, 2 hari lepas. kencing aku dah tak berapa kotor, makin baik..."
kongsi cerita seorang kawan yg paling 'aktif' dalam bengkel.

ada banyak lagi cerita, peristiwa pengalaman yg dapat dikutip sepanjang 2 hari berbengkel tu. bukan saja ilmu daripada penceramah, tetapi juga kengkawan peserta yg kita tak pernah kenal sebelum ni.

betullah, kata orang ilmu tu ada di mana-mana. bukan saja di masjid atau surau, sekolah atau  pusat pengajian tetapi juga pengalaman dalam kehidupan.
ilmu akhirat itu penting, ilmu dunia itu perlu..

2 refleksi:

rahimin said...


tak semua kena belajar secara 'rasmi'. yg tak rasmi adakalanya lebih dekat dan beri manfaat.

Irfa said...

ILMU DR KISAH BENAR TU AKU SUKA DENGAR ;)