- kita diuji dengan jerebu, agar lebih menghargai hujan...-
Jun 27, 2013
kata seorang mekanik cina yg servis kereta aku
dalam nada lawak
"boss, sikalang aaa, jelebu bukan ade ini negeli sembilan saje...itu selangor, johor dengan melake pun sulah ade jelebu..."
aku sengih aje dengar lawak dia.
"wei ah hong, ini jerebu la bukan jelebu..." ...dan kami sama-sama ketawa
bukan sahaja hujan tetapi alam sekitar kita.
dunia sekeliling kita.
bila jerebu datang dan merimaskan, maka hujan pula seakan-akan tidak mahu turun.
terasa rindu pula dengan hujan.
sedangkan bila cuaca baik tanpa jerebu dan sesekali hujan turun lebat.
banjir kilat dan jalan jadi sesak bila kita nak balik dari tempat kerja.
kita mengeluh, merungut dan 'menyalahkan' hujan.
'hujan punya pasal jalan jem, 2 jam...'
yg salah bukan hujan.
tapi yg pandu kereta. semua nak berkereta sendiri.
naik bas atau motosikal takde kelas...
sudahnya di Malaysia saja ada lebih 15 juta kenderaan
satu rumah ada 2-3 kereta.
nak parking depan rumah pun kengkadang bergaduh depan jiran.
bencana seperti jerebu adalah angkara manusia.
bukan malapetaka semula jadi seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir atau tsunami.
dah tahu tak boleh bakar, kita bakar jugak.
kajian tunjukkan 75 peratus punca kemalangan jalan raya juga disebabkan faktor manusia.
pandu laju dan langgar lampu merah adalah paling utama.
faktor selebihnya mungkin teknikal, spt. brek rosak, tayar pecah atau permukaan jalan tak elok.
sama jugak dengan penyakit yang menimpa.
darah tinggi, diabetes dan seumpamanya.
sebab kita tak kawal apa yg kita makan.
maknanya, punca utama kerosakan adalah buatan manusia sendiri.
kedegilan dan kealpaan manusia.
walaupun tahu akibatnya kita masih tak peduli...!
jerebu dah jadi macam musim durian
kita dah tahu, bila tiba musimnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 refleksi:
PANDAI DIA BUAT LAWAK YE ;)
Post a Comment