- tragedi @ fitting room -

Jul 30, 2013


kalau pergi shopping complex, terutama musim perayaan memanglah sesak.
bila dengar pengumuman "kepada ibu bapa yang kehilangan anak, berumur kira-kira 4 tahun, berbaju kuning, berseluar hitam, sila datang ke kaunter kami di aras satu dengan segera..."
itu dah macam jadi perkara lumrah pulak.
benda yang tak patut berlaku, tapi berlaku jugak.
dan masih berlaku lagi, dan lagi.
sebab ibu bapa tak pernah serik.
itupun mujurlah ada yg jumpa.
kalau kena culik atau kena bawak lari sindiket ke. tak ke niaya.

yg kerap disalahkan adalah budak tu.
"itulah...kan mama dah kata jangan merayau...!"
kalau budak pandai jaga diri, tidak lah budak namanya kak oooi
kita yang dewasa ni bertanggungjawab sepenuhnya akan keselamatan mereka tu.


*******

ini pulak kejadian masa pergi shopping hari tu.

aku tengah tunggu depan fitting room dengan erol.
sebab eril tengah try seluar jeans.
dah pandai segan dah anak bujang aku ni.
dulu main tanggal seluar selamba je kat tengah orang ramai bila nak test seluar baru...he he.

tiba-tiba ada sorang perempuan datang meluru ke arah kami.
lebih kurang sebaya dengan wifey la.
bersama-samanya berderet 3 orang anaknya mengekor di belakang.
terkejut jugak aku pada mulanya.

"incik buleh saya masuk dulu tak..." katanya dengan wajah agak cemas.

mahu aje aku jawab, ini bukan toilet, ini fitting room la.
"kenapa? anak saya ada kat dalam tu..." aku jawab tak sama dengan apa yg ada dalam hati (hu hu )

"sorry, saya ingat incik tengah tunggu turn nak masuk.." katanya, masih cemas.

punya la banyak fitting room kat sini. kenapa yg ini jugak dia nak masuk.
tak menyempat-nyempat pulak tu.
aku membebel dalam hati.

tapi aku yg baik hati ni pun sound kat eril, di dalam tu.
"ril, dah ok ke. cepat sket, ada orang nak masuk ni..."

sejurus tu, eril pun keluar.

perempuan tadi tu tak sabar-sabar, terus je meluru masuk.
diikuti ketiga-tiga anaknya
huish, sungguh kurang sopan...

tapi, kemudian dia keluar semula.
"dah takde la....dah hilang. cepat-cepat cari daddy.
bagi tau dia...." kata perempuan tu kepada anak-anaknya.
mukanya makin cemas dan wajahnya pucat.

"kenapa?" aku tanya padanya yg tengah kalut tu.

"handbag saya tadi tertinggal kat dalam fitting room tu. dah takde dah..." jawabnya macam nak menangis.

Oooooo, begitu kisahnya.
aku cuma mampu tumpang simpati....
entah dah berapa ramai orang lain yg guna fitting room tu sebelum eril masuk.


- perkara yang pompuan suka buat, tetapi lelaki tak sanggup ikut -

Jul 29, 2013


ok lah aku mengaku dan angkat tangan.
antara bab yang paling malas ialah melayan wifey aku pergi shopping.
nanti orang akan kata pulak.
alaahh... dulu masa bercinta, kemain lagi.
ke mana pun sanggup.
lautan api pun sanggup direnangi...
takkan layan isteri beli baju raya pun tak sanggup..!

aku tak kisah, kalau setakat nak meneman bershopping.
tapi kalau masuk satu kedai, dia belek sana sini, kita tunggu dekat sejam, tapi last-last  tak beli apa-apa.
kemudian cakap plak, kita pergi cari kedai lain pulak lah...
kat kedai ni takde yg berkenan.
sanggup ke??

aku rasa ini tak tertakluk pada wifey saja.
tapi ni isu universal...!


********

sabtu lepas kita orang pergi shopping.
sempena nak raya dan sempena gaji + bonus baru dapat.
pagi-pagi lagi dah bertolak dari nilai
pukul  10:30 pagi dah terpacak kat satu shopping mall di KL.
hah, alasannya nak elak jalan jem..
dan kepayahan nak cari parking.
tapi, ingatkan kita ni dah awal, ramai lagi yg lebih awal rupanya.

kita orang pun masuk dari satu kedai ke satu kedai.
memandangkan semua keputusan sama ada beli atau tidak adalah di tangan wifey.
maka proses beli-belah kami berlangsung dengan suasana sangat perlahan macam siput.
walaupun orang makin lama makin ramai, makin sesak.
erol dan eril pun dah mula merungut.
lebih-lebih lagi bila mama mereka mengambil masa yg lama untuk memilih pakaian erin

"mama ni asyik beli baju erin je...baju kita orang belum lagi?"

lagipun sekarang ni kan bulan puasa.
kalau tak boleh juga berenti rehat, makan minum.


jadi kita orang pun berkompromi untuk ambik jalan tengah.
strategi yang ampuh dan berkesan perlu diatur.
lalu aku, eril dan erol bergerak dalam satu kumpulan.
wifey dan erin pulak dalam kumpulan satu lagi.
kami bergerak secara berasingan. berpecah.
dan berjanji akan berkumpul balik di satu lokasi yang dipersetujui bersama.

dalam masa sejam lebih, aku dah setelkan beli baju, seluar dan kasut raya erol dan eril.
tunggu-punya tunggu.
berapa kali call, dia kata dah nak siap dah ni...!
dekat pukul 3:30 petang, baru wifey dan erin sampai ke lokasi pertemuan.
bayangkan lah betapa 'seronok'nya kami tiga beranak menunggu.
punggung pun dah kebas duduk terlampau lama.
henset aku pun dah kong asyik main game.
tab diorang pun dah tak tau nak main game apa dah...
kalau boleh makan minum tak pelah jugak kan.

tapi, apa nak buat.
bulan puasa ni tak baik marah-marah.
kalau marah pun isteri kita jugak kan...
tarik muka aje la....


*********

dalam perjalanan ke KL dari nilai pagi tu.
balik dari shopping nanti, wifey kata nak masak spesel sikit.
tak tahulah dia betul-betul ikhlas atau sekadar nak bodek aku.

balik dari shopping. sampai je rumah.
semua 'pengsan' sebab kepenatan.
kelenguhan kaki tak usah ceritalah.
tambah lagi dengan kering tekak seharian bersesak dan ke hulu- ke hilir shopping complex tu..

sedar-sedar dah pukul 6 lebih.
barang nak masak pun tak beli lagi.
sudahnya, ke bazar ramadhan ajelah.
tapau...!


- catatan terawih day 11: angkara fesbuk -

Jul 25, 2013


aiseh...
ada problem selepas cuba tukar template blog ni.
tak boleh nak sign in dan update.
sehinggalah semalam, bila semuanya jadi ok.
ingatkan blog bangsawan nilai ni dah 'hanyut'.
kalau hanyut maknanya aku tak boleh pegang status bangsawan dah.
kena jadi orang kebanyakan je...he he

entri ni aku tulis panjang sikit, lepas gian...


********

sebelum puasa hari tu ada buat majlis tahlil dan baca yasiin.
adik-beradik je.
macam biasa kumpul di rumah kak lang.
tapi aku hanya sempat dapat join makan-makan je.
sebab hujung minggu tu aku ada urusan kerja di palm garden hotel, putrajaya.
lagipun tak semua dapat berkumpul.
andak dan famili, abang ngah dan famili tak dapat datang.
anjang datang dengan anaknya aje. itam datang sorang je.
anak sedara yg besar-besar  pun tak ramai yg dapat datang.


********

segalanya bermula daripada cabar-mencabar di fesbuk.
achik membuka status, "masterchef buat potluck untuk iftar ada bran?"
kalau ikutkan status, takde apa-apa. biasa je.
tapi cabarannya ialah yg lelaki kena masak!!

kalau ikutkan, memang lah tak heran kalau lelaki yg memasak.
chef yg handal pun memang kalangan lelaki.
tapi lelaki di alam nyata macam aku ni dah bertahun-tahun tak pegang sudip.
mana letak garam atau gula pun aku tak sure kat dapur tu...
tapi kerana dicabar dan ego lelaki punya pasal.
"pantang den kono cabar ni..." bak kata andak
semua yg lelaki kalangan adik beradik pun sahut cabaran.
jadi semuanya on...

setiap famili kena bawak signature dish memasing.

sebagai contoh, oleh sebab diorang suka makan mee kari yg wifey selalu masak bila diorang datang ke rumah kami, maka kali ini aku pula lah yg kena masak mee kari tu...!

achik sanggup masak gulai udang masak lomak cili api, yang kak chik selalu masak tu.

abang ngah tak aci, dia kata nak bawak ikan bakar je.
huk alooh... senang je.

abang long pun macam ada sikit tak percaya la, sebab dia kata nak bawak satey.
lagipun, memang abang long duduk kajang!
huh...!

abang anjang (suami anjang) dengan berlagaknya kata dia nak buat bubur lambuk spesel.
katanya, lebih sedap daripada bubur lambuk kampung baru...!

itam pun macam nak main selamat je.
dia nak buat cucur udang.

andak kata nak buat ubi rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis.
wah, ni pun macam best gak. resipi dulu-dulu...

usu tak join.
semasa kejadian 'cabar-mencabar' berlaku, dia sedang mengerjakan umrah.
sehari sebelum nak buat buka puasa baru dia balik.
jadi, tarikh sengaja dipilih supaya dia dapat join sama.
mungkin yg spesel, dia bawak air zam-zam dengan kurma mekah aje la...ha ha

kak lang dan atih akan jadi juri.
sebab diorang tu masterchef tahap world class...!!


********

aku terpaksalah guna 'tunjuk ajar ku sifu', wifey.
menjadi jugak mee kari Pahang tu.
malah dapat pujian lagi daripada juri, terutama kak lang.
"sodap....lenkali buleh buek lagi" komennya.

achik pun 'menyerlah' dengan gulai udang masak lomak cili apinya.
abang ngah dengan ikan bakarnya yg fresh. cicah asamnya pedas tapi sodap!
abang long seperti diduga, sateynya adalah satey yg dibeli kat kedai hj samuri, kajang...hu hu
abang anjang dengan bubur lambuk ala kg barunya pun, menjadi jugak.
cucur udang itam pun boleh tahan.
ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis, andak pun mengancam jugak.

jadi, semuanya adalah pemenang, tiada pengalah.
apatah lagi yg kena singkir! ha ha ha

kali ni jumlah kehadiran 100%.


********

itulah majlis berbuka puasa paling meriah pernah aku rasa.
jamuan buka puasa kat hotel five star pun tak boleh lawan.

malam tu kita orang berterawih di rumah kak lang je.
ramai-ramai satu famili.
diimamkan oleh abang ngah.

lepas terawih kita orang sambung makan lagi.
kiranya 'moreh' la tu...
sambil borak panjang sampai tengah malam.
lagipun raya nanti tak semua dapat berkumpul.
iyalah, ada yg beraya rumah mentua dulu, ikut turn.

itulah oleh sebab teruja dan seronok sangat, sorang pun tak ingat nak ambik gambar kenangan!
isu tu menjadi bahan status untuk fesbuk berikutnya.


- drama sebabak depan pintu -

Jul 17, 2013


ini cerita sehari sebelum puasa.

tengah hari tu aku ke bank.
ada urusan yg kena setel ikut kaunter.
aku paling malas nak berurusan di bank guna kaunter.
kalau boleh pakai online atau guna mesin je.
entah kenapa sekarang ni, tak selesa nak berurusan dengan 'benda hidup'.
lebih baik dengan benda yg kita sendiri boleh kontrol.

mula-mula isi form.
lepas tu ambik nombor giliran.
kalau tak isi form diorang tak bagi nombor giliran...aishhhh
lepas tu tunggu giliran.
kaunter ada 8, yang bukak cuma 2.
tak paham ke, time ni la pelanggan ramai.
pelanggan yg tunggu sampai tak cukup kerusi, terpaksa berdiri.

tunggu punya tunggu, waktu rehat tengah hari nak habis.
no. giliran aku masih jauh.
tak sempat la.

terpaksa balik ke ofis. urusan pun tertangguh.
sepanjang jalan aku merungut.
sorang-sorang.


***********

sampai ke ofis dah  dekat 2:10.
alamak! dah lambat.
'ini bank punya pasal la tadi...'
aku merungut lagi.
makin laju langkahan aku.

di depan pintu ofis.
aku nampak, ada seorang pelanggan.
dia tengah merungut-rungut...
sorang-sorang. macam aku tadi.
aku agak mesti dia dah tunggu lama.
pintu ofis aku tak bukak lagi...!

dah habis waktu rehat, tapi ofis tak bukak lagi.
kalau pelanggan tu mengadu kat boss, gerenti satu ofis kena bambu...!

aku tak jadi masuk pintu depan ofis tu.
terus je menuju ke toilet.
nanti tak pasal-pasal je aku yg jadi mangsa kemarahan pelanggan tu.


moral of the story...
yg selalu jadi mangsa ialah pelanggan...!


- Catatan Terawih Day 6 -

Jul 16, 2013


Selepas 4 rakaat terawih malam tadi jemaah dibahagi dua.
Sebahagian meneruskan tarawih.
Yang satu lagi solat jenazah di tingkat bawah.
Jemaah umrah wanita meninggal dunia di KLIA sebaik tiba dari Jeddah.
Jenazah dihantar ke masjid kami untuk diuruskan.

Diberitakan suaminya telah meninggal dunia 2 hari lepas di Makkah. 
Niat mereka untuk menunaikan umrah sudah termakbul.
Sayangnya, seorang meninggal dunia di sana, seorang lagi di sini.

Kematian itu pasti tiba.
Bila, di mana, bagaimana adalah rahsia Allah.
Tugas kita mengumpul bekalan untuk dibawa bersama.
Wallahua´lam.


- popia dan cucur udang spesel kak lang -

Jul 15, 2013


...dah 5 hari berpuasa.
insya-Allah hari ni masuk yang ke-6.
setakat ni eril, erol dan erin masih bertahan.
mungkin kalau hari sekolah, lebih mudah.
sabtu & ahad, sebab duduk sepanjang hari di rumah, agak mencabar sikit.
dan hari cuti pun terasa lebih panjang.

sabtu, berbuka di rumah kak lang.
kak lang buatkan popia basah dan cucur udang.
popia, yg intinya padat macam nak terkeluar.
cucur udang, yg rangup dan setiap satunya ada udang tersembul.
bukan cucur udang yg takde udang macam kat bazar Ramadan.
itu cucur 'perasa' udang, bukan udang sebenar....ha ha ha

aku cuba jugak bayangkan.
kalaulah kak lang buka gerai popia atau cucur udang di bazar Ramadan.
gerenti pelanggan sanggup beratur panjang, nak beli.



kita selalu mengeluh, bila balik bazar Ramadan.
bihun sup yg cair dan tawar.
nasi ayam yg ayamnya ciput, bagai dikerat 44.
kuih karipap yg intinya cuma separuh.


********

kat masjid aku, tengah-tengah solat terawih ada tazkirah.
biasalah, ada setengah masjid buat, ada yang tak buat.
kengkadang bila dengar tazkirah.
buat kita kata dalam hati "bila nak habis ni..."
bukan sebab isi tazkirah tu, tapi sebab penyampaiannya tak menarik.
kengkadang seronok juga, "biar panjang sikit pun tak pe..."

malam tadi tazkirah pasal reda (ikut ejaan DBP)
ada orang sebut redha atau redho.
sama je maksudnya.

termasuklah pasal apa yg kita makan.
kalau kita beli bihun sup yg cair dan tawar...redha.
terbeli nasi ayam yang ayamnya ciput...redha.
karipap yg intinya separuh...redha
jangan merungut atau mengeluh.
mungkin bukan rezki kita nak dapat makan yg sedap.
walaupun nampak je sedap masa kat gerai, sebab perut lapar.

kalau kerja di KL, tersangkut dalam jem.
tak sempat berbuka di rumah.
berbuka dalam kereta dengan air mineral atau air kotak je...redha.
ini untuk kengkawan satu ofis dan sewaktu dengannya.

dalam kes macam aku.
terpaksa redah jem di KL untuk balik ke nilai, hari-hari.
berhimpit, bersesak, cilok-mencilok.
semata-mata nak berbuka puasa dengan eril, erol dan erin di rumah.

tak perlu nak mengeluh atau merungut.
redha...


- catatan terawih day 1 -

Jul 11, 2013


wah  bagus, terawih semalam.
masjid penuh.
kalau penuh sampai ke hujung ramadan, lagi bagus.

seronok tengok, kecik, besar, tua muda, lelaki perempuan datang berduyun-duyun.
aku rasa ruang jemaah muslimat tu kena bagi besar sikit.
ramai, kesian berhimpit-himpit kata wifey.
hah tahun ni, ramai pakai telekung kaler-kaler.
trend baru, katanya....

yg bawak anak pun ramai.
tapi tolong lah make sure diorang datang untuk terawih jugak.
bukan datang sebab takde siapa nak jaga kat rumah
bukan main-main dan buat bising kat belakang.
tiap kali nak terawih, pak imam dah ingatkan.
tapi macam tu jugak...

satu lagi pasal parking.
kalau dah tau datang lewat tu faham-faham la.
parking la jauh sikit. apa salahnya.
ni nak parking tepi tangga masjid jugak.
janganlah main double parked.
pikirlah orang lain sama.


*********

malam ni ada hafiz muda pimpin solat terawih.
semalam pak imam dah buat hebahan.
jadi, kenalah kontrol sikit makan berbuka nanti.
biasanya yg muda ni laju sikit...!
pancit pulak nanti...:)

- hal raya simpan dulu la -

Jul 10, 2013



"slm. mlm ni meeting. lps terawih. dkt wakaf tmn permainan. psl jamuan raya"

aku terima sms daripada setiausaha persatuan penduduk, tengah hari tadi.

hari ni hari pertama puasa.
1 ramadan

berentikanlah aktiviti dunia ni buat sementara.
hal nak sambut raya kita tunggu dulu.
itu pun payah sangat ke nak faham...

lagipun bukan ke baru minggu lepas kita buat majlis tahlil nak sambut puasa.

- jangan asyik ingat taon dopan ado laei -

Jul 9, 2013

petang semalam
di gerai goreng pisang. dekat dengan rumah.
"bang, ari ni last niaga. esok dah tutup.." kata 'adik' jual gorang pisang, yg aku antara regular customernya.
ramah macam selalu.
"oh ya ke..." jawab ku
"nanti datanglah bazar Ramadan, kita org ada bukak gerai.." pelawanya.
"owh...ada bukak gerai jugak...jual apa? tanyaku bersahut.
"jual kuih-muih je bang. tapi takde la goreng pisang..." jelasnya sambil tersengih.
 
pagi tadi.
di kedai mamak, dekat dengan ofis. aku jugak regular customer kat situ.
"bulan puasa still bukak ka..?" aku tanyakan pada mamak kasyier.
"biasa bukak la, tapi esok pagi tutup.." jawabnya
"Oooo. jadi petang bukak la..."aku tak berapa jelas.
"tutup jugak. satu bulan puasa kasi tutup jugak. sebab mau renovate ini kedai..." dia nak bagi aku jelas.
bagus gak mamak ni. tutup sempena Ramadan.
aku cakap dalam hati
 
********
 
pace yourself carefully, jangan terlalu laju di peringkat awal nanti pancit di tengah jalan...biar mula dengan perlahan asalkan istiqomah...tingkatkan kuantiti dan kelajuan step by step...
 
kumpulkan kekuatan dan momentum untuk fasa 10 terakhir dan kalau boleh lajak hingga bulan-bulan seterusnya.
 
pelihara pahala puasa dengan menjaga lidah (percakapan) dan mata (pandangan). gandakan pahala puasa dengan zikrullah, membaca al Quran, qiamulail, sedekah & memberi makan orang berbuka. kalau rumah anak-anak yatim jadi favourite orang korporat, kita mulakan dengan jiran & kerabat terdekat.
 
elakkan membazir ketika berbuka..makanlah sikit-sikit, janganlah sikit-sikit nak makan.. tingkatkan ilmu supaya puasa tahun ini lebih baik dari sebelumnya, dan ibadat hari ini lebih kualiti dari semalam.
 
marilah kita berusaha menambah ilmu sesuai dengan peningkatan usia. takkan badan dah bosa masih naik basikal kocik laie.
kalau ilmu dunia dah tahap PhD tak sesuai lah jika ilmu akhirat masih tahap tadika atau sekolah rendah lagi.
 
sekadar peringatan untuk diri sendiri.
 
 

- moga ramadan kali ini lebih sempurna -

Jul 8, 2013


eril dah 2 tahun berturut-turut puasanya penuh.
erol ada jugak sehari dua yang 'berlubang'.
erin pun puasanya tak penuh.

tahun lepas aku bagi rm50 seorang sebagai 'upah' puasa.
eril macam tak puas hati.
tak puasa penuh pun dapat sama gak, katanya.
sebenarnya tu bukan duit 'upah' puasa.
tapi duit raya....
upah yg aku maksudkan tu sebagai galakan supaya diorang puasa.

aku tak pernah pun paksa diorang ni puasa.
sampai masanya, diorang akan faham tanggungjawab nak puasa.

masa aku kecik dulu, arwah mak dengan abah pun macam tu jugak.
cuma kalau tak puasa, tak boleh join makan masa berbuka nanti.
itu je dah cukup buatkan kita rasa tercabar...
jadi kuatkan jugak semangat, sampai melepek pun takpe.
asalkan puasa dapat bertahan dan berbuka ramai-ramai.
selalunya bulan puasa, arwah mak akan masak spesel sikit.
iyalah, dulu bazar ramadhan tak meriah macam sekarang.

sesekali, sebak jugak mengenangkan yg sudah tiada.
tatkala bila ramadhan menjelmakan diri.
tapi bila dikelilingi keletah anak-anak, terhibur rasa jiwa ni...

insya-Allah, 2 hari lagi kita akan sambut ramadhan.
bulan untuk memperbanyak ibadah dan muhasabah diri.
bukan bulan untuk memperbanyak makan waktu berbuka.
mentang-mentanglah juadah banyak di bazar ramadhan.
bukan juga nak shopping sakan untuk raya.
sebagai alasan nak melaram untuk raya termasuk tukar langsir rumah.



- gambar tu buat aku rasa bersalah -

Jul 5, 2013


ishh... engkorang ni buat aku rindu la.
bukan rindu pada orangnya.
tapi rindu pada masa dulu-dulu.

tiap kali kengkawan lama tagged gambar di fb atau medium lain, macam-macam rasa timbul!
rasa terharu, sebab teringat peristiwa bersama mereka.
rasa bersalah, sebab lama tak contact mereka.
rasa kelakar, sebab tengok muka gonjeng.

ada gambar yg kita memang tak pernah tengok, tapi sebenarnya wujud.
ada gambar yg dah hilang daripada simpanan.
maklumlah, dulu gambar kita simpan dalam album.
sekarang ni boleh simpan dalam banyak cara.
dlm henfon aje dah ada beratus gambar.


yang ni fieldwork di kota bharu.
paper prof hasmah. kajian di rumah rakit.
tak pasti, ada lagi tak rumah rakit di tebing sg. kelantan tu.
nama je rumah rakit tapi lengkap ada bekalan elektrik, ada tv, fridge, perabot.
rakitnya ditambat dengan tali ke pokok besar di tebing sungai.
lantainya buluh (rakit), dindingnya papan, atap zink.
aku cuba jugak bayangkan tinggal di rumah rakit, terapung-apung je...



ini pulak grup yg buat fieldwork di terengganu.
paper dr fuad, lecturer muda dan diminati student perempuan.
kajian tentang pengaruh politik ke atas masyarakat setempat.
yang ini cabarannya kami tinggal di sebuah chalet tepi laut di marang.
masa tu pulak musim tengkujuh dan banjir.
nak siapkan kajian dalam masa 3 hari, kutip data, buat analisis & terus serah assignment sebelum balik
memang kerja gila.
3 hari jugaklah kami tak tidur atau tidur-tidur ayam je...

nak temu bual orang bukan senang.
kena marah, tak dilayan, malah tutup pintu ingatkan kita ni salesman atau mintak derma.
tapi ada jugak yg layan baik, siap jamu makan sekali.

aduhai. dah bertahun berlalu.
tapi boleh ingat dengan detail.

haish...kenangan kembali menggamit.
buat aku senyum sorang-sorang.

- pakej istimewa 4 hari 3 malam -

Jul 2, 2013


dari khamis ke ahad minggu lepas, aku kena bertindak sebagai 'mr mama' aka bibik selama 4 hari.
sebabnya wifey terbang ke Singapore atas urusan kerja, katanya.
kalau ke Singapore atas urusan kerja bertembung pulak dengan hujung minggu.
maka haruslah sambil menyelam minum air.
'terpaksalah' buat road tour atau lawatan kerja ke pulau sentosa atau universal studio.

samalah kalau kita pergi seminar atau kursus ke langkwai.
pakej seminar disertakan lawatan ke cable car, underwater world, pantai chenang,  idaman suri atau sykt hj ismail.
boleh lah bawak balik coklat dan pinggan mangkuk. paling tidak, minyak gamat atau t-shirt.

aku terpaksa ambik cuti.
iya lah kalau tak, siapa yg nak menguruskan anak-anak nak pergi sekolah.
kalau tak berkejut pagi-pagi, mandi, bersiap. mahunya tidur sampai tengah hari.
kalau tak disiapkan uniform, tentu ponteng lah jadinya.

rumah pun kenalah disapu. dikemas.
pinggan kenalah dicuci. bunga disiram.
baju kenalah basuh, kalau tidak masam dan berkulat nanti.
cuma kalau nak makan minum, ada pilihan kedai makan yg banyak.
itu bukan masalah besar.
paling malas, masakkan aje megi.

bagi aku. itu bukanlah masalah besar sangat.
sesekali, bukannya hari-hari.
selama ni pun wifey yg uruskan semuanya.
biarlah dia enjoy pulak dan dibebaskan dari kerja rumah.
bila memikir 'kerja suri rumah' yg banyak dan tak putus-putus menjadikan kita insaf dan muhasabah diri...ceewaah!

lagipun bukannya pertama kali kena tinggal.
dah ada pengalaman, dah boleh agak apa yg kena setelkan.
anak-anak pun tak berapa nak kesah.
malah mungkin mereka rasa 'merdeka' sikit.
takde dengar 'ceramah' mama mereka.


perfume, cap & t-shirt - hmmm...lumayan jugak upahnya ;)