balik dari kerja semalam, erol ingatkan lagi.
buat kesekian kalinya sejak seminggu ini.
"maghrib nanti kena pergi masjid. ada baca yasiin, solat hajat.."
aku yg suruh dia ingatkan, takut lupa.
tapi aku tak pulak minta ingatkan hari-hari...hehehe.
maklumlah aku ni kengkadang kalau banyak kerja, maghrib baru sampai rumah.
jadi malam tadi, aku berdua ke masjid.
pihak sekolah dan masjid anjurkan majlis baca yasiin dan solat hajat untuk yg nak ambik periksa upsr minggu depan.
wifey dah siapkan baju melayu, sedondon pulak tu.
erol siap pakai sampin lagi, macam nak solat raya...!
dia buat selamba je bila kengkawan dia kat masjid tegur.
aku dan erol antara yg terawal sampai, duduk saf depan |
yg duduk papai baju melayu purple tu, guru besar sekolah |
selepas solat maghrib berjemaah, diikuti bacaan yasiin dan tahlil.
kemudian solat isyak dan solat hajat.
malam tu jugak, ada majlis jamuan raya oleh pihak masjid.
dalam solat hajat, biasanya sujud terakhir tu agak lama.
waktu itulah kita berdoa dan berhajat pada Allah.
jadi, dalam perjalanan balik tu, aku tanyakan erol.
apa yg dihajatkan dalam doanya....
"erol doa mintak-mintak periksa nanti dapat 5 A.
jadi anak yang soleh.
papa dengan mama sihat, panjang umur dan murah rezeki...
nanti dah besar, erol nak bagi duit kat mama dengan papa.
3 kali erol doa macam tu.
sebab sujud tu lama tadi kan..."
erol bertanya pulak pada aku.
"papa pulak doa apa?"
"papa pun doa sama macam erol jugak.
mintak erol dapat 5A, jadi anak yg soleh...dah besar nanti ingat kat papa dengan mama..."
masing-masing letak botol berisi air. ada yg botol besar sgt, nak mandi sekali agaknya...hehe |
erol dan kengkawannya yg disuruh oleh pak imam supaya duduk kat depan... |
2 refleksi:
anak kawan aku pun bgtau mak dia smlm hal ni.kat masjid besar tu kan?
ye,ajar anak2 kita berdoa
tiap waktu solat sedekah alfatihah
supaya jd kebiasaan ;)
semoga erol Berjaya dlm periksa nanti
Post a Comment