ada banyak benda kalau kita tak sabar boleh jadi gaduh.
dengan kawan satu ofis pun boleh masam muka.
dengan jiran pun boleh gaduh.
kalau tak betul cara boleh perang mulut.
hampir semuanya gara-gara sikap.
kat pasar beli ikan pun boleh jadi gaduh, wa cakap lu.
bawak troli pakai langgar je.
potong q masa nak timbang atau nak bayar.
itu dah pernah dah jadi.
*****
ini kisah kat pasar raya semalam.
hujung minggu biasalah, ramai daripada biasa.
tempat ikan atau barang basah tu sempit sikit.
apa nak buat berhimpit-himpit aje la kan. tak payah nak merungut sangat.
ada satu mamat ni badan besar, perut boroi.
satu kali dia lalu, main langgar aje aku dengan perutnya.
kalau perempuan mengandung, mungkin aku boleh terima la, susah nak adjust ...ooops!
sudah la dia langgar, takde excuse me ke, sorry ke...
buat muka poyos je.
ok la. apa boleh buat.
dalam dunia ni 1,001 sikap manusia.
sabar je la...
masa tengah beratur tunggu giliran nak timbang.
sekali lagi aku kena langgar.
aku paling ke belakang tengok, huh orang yg sama.
yg langgar aku dengan perut boroinya tadi.
nyaris je aku terlepas bungkus ikan yg aku pegang.
sekali lagi dia buat selamba.
takde excuse me, atau sorry ke.
fuh....ini sudah menyirapkan darah gua.
"apa ni brader main langgar-langgar pulak..." aku sound.
aku rasa orang lain kat situ dengar.
tapi dia terus je berlalu.
seolah-olah tak dengar, tak bersalah apa-apa, atau kata-kata tu bukan aku tujukan pada dia.
brader baju merah tu (pic sengaja dikaburkan hehehe) |
******
semasa menuju nak ke kaunter bayaran
aku ternampak kelibat mamat tadi tu sedang menuju ke arah laluan aku.
mungkin sikap nakal aku masih ada lagi sikit-sikit.
tak sedar gerakan kaki secara spontan.
serentak dengan tu, kaki mamat tadi tersadung.
nyaris dia tersungkur.
kemudian dia bingkas berpaling pada aku.
'oops....sorry' kataku sambil mengangkat tangan dan terus berlalu.
sekurang-kurangnya aku bersimpati dan mintak maaf atas kenakalan itu..... ;)
5 refleksi:
lokasi mcm kenal je
hahaha
irfa, dah tau lokasi, kena hati-hatilah dgn abg boroi tu....hahaha
macam kenal ajer pasar tu...
lain kali kalau kesitu kena sopan santunlah nampaknya..... ramai blogger nilai ke sana.... hehehe...
zana,
hahaha...jgn tak tau aku ni abg kawasan
Post a Comment