- siri bercakap dengan erin . . . 23
Sep 25, 2013
adegan dalam kereta.
lagu 'bertingkek-tingkek' sedang ke udara.
aku pun ikut menyanyi.
"duit den bertingkek-tingkek daghi jelobu sampai bongek..."
sedang syok menyanyi.
erin pulak menyampuk.
ek eleh... potong angin betul la, huhuu
erin: "papa, bertingkek-tingkek tu apa?" tanya erin dengan dahi sedikit berkerut.
aku: "bertingkek tu bahasa (loghat) negeri sembilan. maknanya bertingkat-tingkat la. banyak...
duit orang tu banyak. orang kaya macam papa ni duit banyak, bertingkat-tingkat, bersusun-susun...
kalau kat dalam bank pun diorang susun duit bertingkat-tingkat. sebab banyak"
aku pun bagi 'definisi' panjang lebar. supaya erin faham.
erin: Ooooo....
(tapi aku tak sure, erin faham ke tidak.
sekurang-kurangnya bila aku nyanyi lagi lagu tu nanti, dia dah tak tanya lagi dah...hehe)
tak lama kemudian lagu 'aku yg dulu bukan la yg sekarang' (eh...aku tak sure apa tajuk lagu yg sebenar) pulak berkumandang di radio.
ya, lagu tengah popular sekarang ni. nyanyian, tegar, seorang kanak-kanak dari Indonesia.
apalagi. erin pun ikut nyanyi la.
siap dengan ayunan tangan dan goyangan kepala.
sampai lah pada satu bait lirik.
"...pulang malam bawa wang 'recehan'..."
aku pun sengaja la nak 'kenakan' erin.
iya la, asyik aku je kena jawab soalan dia kan.
aku: "erin, 'recehan' tu apa?"
erin: 'recehan' tu duit lebih la. macam papa bagi erin duit belanja sekolah. lepas tu beli kat kantin. ada duit syiling lebih. balik rumah, erin letak lah dalam tabung..."
huh... kemain lagi erin 'goreng' aku.
tapi, sebenarnya jawapan erin tu memang 'separuh' betul.
kalau tak percaya sila google maksud 'recehan'.
ha ha ha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
itu mmg lagu femes dikalangan budak2 skrg termasuk anak aku
iya la tenagh meletup lagu tu. katanya dpd kisah benar hidup bdk yg nyanyi tu
Post a Comment