Ibu kota dilanda
banjir kilat
2
0
Google +0
0
0
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Raja Noraina Raja Rahim
Kuala Lumpur:
Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih sejam malah
beberapa kenderaan tenggelam akibat banjir kilat berikutan hujan lebat melanda
ibu kota, petang semalam.
Air mulai naik
berikutan hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang itu.Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kesesakan beberapa jalan utama yang dinaiki air hingga menyukarkan kenderaan melalui kawasan berkenaan, kira-kira jam 5.15 petang.
“Kami juga
menerima laporan mengenai beberapa kenderaan ditenggelami air di Jalan Kuching
dan Jalan Rahmat. “Kebanyakan kenderaan ditenggelami air adalah yang
ditinggalkan di tempat letak kenderaan oleh pemilik yang bekerja di bangunan
berhampiran.
“Bagaimanapun, tiada laporan pokok tumbang dan kemalangan jiwa dilaporkan
setakat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.Harian Metro difahamkan, Jalan Ipoh, Jalan Pantai Baru, Jalan Bangsar, Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi dan Bandar Tasik Permaisuri turut dilanda banjir kilat dan pengguna lalu lintas terperangkap selepas kenderaan mereka dimasuki air.
*******
aku keluar opis jam 5 lebih.
sangkut dalam jem.
sampai rumah, azan maghrib tengah berkumandang.
ya, lebih kurang 2 jam.
jalan jem, hujan, kereta berhimpit-himpit.
itu dah biasa sangat. bukan cabaran lagi dah.
yang paling tension....menahan rasa nak terkucil...!
1 refleksi:
terima kasih, jemputla singgah selalu ya...
Post a Comment