- taktik terbaru pembuli jalan raya -

Oct 30, 2013


hati-hati terutama lady driver...!
ini diceritakan sendiri oleh seorang kawan perempuan aku.
nyaris jadi mangsa kaki buli jalan raya 2-3 hari lepas.

kisahnya begini.
semasa berhenti di lampu isyarat merah.
tiba-tiba dia terasa keretanya berlanggar dengan kereta depan.
tapi dia pasti, dah tekan brek.
kemungkinan, kereta di depannya mengundur dan melanggar keretanya.

driver kereta depan keluar. seorang lelaki cina, dalam umur 40-an, botak.
dia memeriksa belakang keretanya.
kemudian menyuruh kawan aku tu keluar dari keretanya.
dia marah-marah mengatakan yg keretanya kena 'langgar'.
memang ada kesan kemek dan calar pada bahagian bawah bumper kereta.

ikut logik, kereta kawan aku tu (jenis 4-wheel drive) lebih tinggi daripada kereta tu.
kalau dia yg langgar tentu kena bahagian atas, bukannya bahagian bawah yg kemek tu.
tapi driver kereta depan tetap salahkan dia dan mintak ganti rugi duit.
panik dan takut, kawan aku tu hulur RM100 pada driver tu.
lelaki tu tak puas hati. dia mintak lebih.
kawan aku tu cakap, "kalau macam tu kita report polis aje la..."
orang tu jadi makin marah. dan meluru ke kereta kawan aku tu dan capai beg tangannya.
kawan aku cuba merampas kembali beg tangannya.
berlaku tarik-menarik antara mereka.

nasib baik, tiba-tiba muncul seorang lelaki cina muda, memperkenalkan diri sebagai polis.
waktu tu dia di luar tugas, sebab tak pakai uniform.
polis tu bercakap sesuatu dalam bahasa cina.
mungkin dia bagi amaran pada driver tu supaya jangan bertindak kasar dan memulangkan semula beg tu.
driver tadi tu nampak gelabah dan terus meninggalkan tempat kejadian dengan tergesa-gesa.
kawan aku tu tertanya-tanya apa yg berlaku.
polis tu bagitahu "saya warning dia, kalau orang langgar pun dia tak boleh berkelakuan kasar, rampas beg tu. polis boleh tangkap. ini kira kes road bully..."

polis tu jugak cakap ada kemungkinan itu hanyalah taktik driver tu nak buli pemandu lain. terutama pemandu perempuan yg memandu seorang diri.
mungkin dia sengaja mengundurkan keretanya dan kemudian mendakwa keretanya dilanggar dari belakang.
macam-macam kes yg diadukan dan dilaporkan pemandu kereta ke balai polis.
macam-macam taktik licik digunakan oleh pembuli ni untuk 'mengenakan' pemandu jalan yg lain.



***********

petang semalam, semasa kereta aku berhenti di lampu trafik merah.
tiba-tiba kereta di depan aku mengundur.
cepat-cepat aku tekan hon. sekuat hati.

segera aku teringatkan kejadian yg dilalui kawan aku tu.
aku dah sedia dengan sebarang kemungkinan.
driver kereta depan sempat membrek sebelum terlanggar kereta aku.

kemudian, drivernya keluar.
seorang lelaki cina. tapi muda, kurus dan berambut lebat.
dia mengangkat tangan tanda mintak maaf.
sambil menunjukkan botol air.
mungkin nak bagitahu, dia nak ambil botol airnya yg  terjatuh.
dan tak sedar yang keretanya mengundur dan hampir melanggar kereta aku....


2 refleksi:

rahimin said...


huh mcm2 cara nk menipu....

Anonymous said...


mcm ni punya taktik pun ade? huh mmmg kepala otak menipu ni creative je kan. tq for sharing