- dia sang merak, aku si enggang -

Nov 2, 2013


"kau kat mana...?" tanya bell.

"aku belum sampai rumah lagi ni...hujan... jem..." dah pukul 6.03 pm. petang jumaat.
masa tu aku baru nak sampai area bangi.

"heh heh! lupa. hari ni keje...aku pun on the way balik dari penang ni. sekarang kat slim river..." sambung bell. walaupun aku tak tanya, dari mana dia telefon.

"ooooo..." balas aku pendek. aku mengaku tak pakai hands-free kit. alaaahhh....hujan-hujan macam ni polis bukan nampak kan.
 (isshhh jangan tiru sikap ini. ini bukan soal polis nampak atau tidak. tapi ni soal keselamatan pengguna jalan raya. bukan saja kita tapi pengguna yg lain juga. kalau eksiden? macam mana : 'pesanan ikhlas khidmat masyarakat')

"aku nak jemput kau dengan famili. birthday anak aku, si qaliff. nanti aku sms tempat dia..." terus je bell nyatakan niat dia telefon aku, petang-petang begitu.

maknanya dia tak buat majlis tu kat rumah la kan. kalau rumah dia buat apa nak sms kan tempat.
aku dah biasa pergi dah.

"ok. kau sms je kat aku. kalau takde aral, aku sampai lah..." jawab aku mengakhiri perbualan.

"orait. jangan tak datang pulak..." pesan bell, mesra macam biasa.


*********

malam tu lepas maghrib aku terima sms dari bell.

birthday party tu dibuat di satu tempat kat the gardens. petang sabtu. setahu aku tempat tu eksklusif dan ada kelas la. dan dalam sms tu jugak diminta supaya kita balas mesej. kira-kiranya rsvp la. nak sahkan kedatangan atau tak datang.

walaupun bell ni baik orangnya. tak pernah nak pandang rendah orang lain.
tapi kelas aku dan kelas dia tak sama.
aku sedar tu...

jadi, aku balas sms nya.

"sorry bro. kitaorg x dpt dtg. btw tq 4 the invitation"

kemudian dibalas oleh bell.

"wish u cud joint. it's ok. lain kali ya"


1 refleksi: