urusan 5 minit, tapi. . .

Nov 27, 2013



hari ni ambik pelepasan half day. sebelah pagi.
sebab nak uruskan pendaftaran sekolah erol.

kat pintu pagar sekolah, mak guard tahan tak bagi masuk.
aku reverse kereta dan parking kat luar.
dia suruh aku isi satu form katanya nanti lepas berurusan kena cop dan pulangkan.
fuh...baguslah strict macam tu.
untuk keselamatan sekolah dan budak sekolah.
ini harus diberi pujian. benda baik kan...

tapi aku tengok ada banyak kereta yg parking dalam kawasan sekolah.
aku tanya mak guard.
"banyak-banyak tu kereta siapa..?' sambil tunjuk-tunjuk.

"itu kereta cikgu..." jawab mak guard sambil senyum kelat.

eh.... aku ni bukan budak kecik dia nak kelentong.
kereta cikgu diletakkan di tempat parking khas. berbumbung.
sedangkan kereta lain tu parking kat tepi-tepi pokok dan tepi bangunan sekolah. kat tengah panas!

haish...! mak guard pun double standard gak.
kalau dah buat peraturan kena lah terpakai untuk semua orang kan.
bukan berpilih-pilih.


*******

ibu bapa diberi tempoh 25-29 Nov. untuk pendaftaran anak  masuk ke sekolah tu.

di kaunter pejabat sekolah.
mereka buat semakan nama.
rupa-rupanya ini hanya pengesahan pendaftaran.
bukannya pendaftaran masuk sekolah.
nama erol dah pun didaftar oleh pihak sekolah rendahnya.
cuma ibu bapa kena datang sahkan mereka akan daftar di sekolah tu nanti.

untuk pendaftaran nanti kena datang pada 30 disember pulak sekali lagi.

urusan itu cuma mengambil masa tak sampai 5 minit.
dan aku dah ambik half day cuti untuk tu....
kalau aku kerja di area nilai atau kawasan sewaktu dengannya, mungkin boleh tahan lagi la.
tapi aku kerja jauh di sinun....

6 refleksi:

Irfa said...

alamak..mcm mana ni?
aku baru nak balik kg jumaat ni
maybe 2/12 baru balik sini.balik kg pun sbb nak urus pertukaran sekolah dr kg ke sini.dan dah buat keputusan nak hantar skolah yg sama ngan anak ko tu...dah tutup pendaftaran ke?
emm ada ke kekosongan lagi utk anak aku..penin penin

bangsawan nilai said...


irfa,
tarikh tu tak termasuk yg nak tukar sekolah.
sebab setahu aku tempoh ni diberi kepada murid sekolah rendah (sebelah)yg dah buat pra-pendaftaran secara direct dan murid sekolah tu diberi keutamaan penempatan.
sebab tu pihak sek menengah perlukan pengesahan sama ada mereka akan daftar ke sek tu thn depan sebab ada ramai yg nak tukar sekolah ataupun masuk ke sek. berasrama.

Irfa said...

og gitu..lega dengar
tq ye ;)
dah tepon tu ari..kerani kata kena dtg bawak surat dr sana kalau nak masuk situ..cuma x tahu pulak pasal tarikh hal ni

Dr K said...

Sytle guard kat Malaysia ni,kalau kereta mewah,angkat tangan teros bagi masuk..siap angguk angguk lagi...padahal zaman sekarang penyangak pun pegi menyamun pakai BMW...:P

bangsawan nilai said...


daddy ziyyad,

yep mmg betul la guard double standard

rahimin said...


guard gila kuasa pun problem, guard tidor pun masalah gak...hahaha