wahai isteri tolonglah jangan mengidam yek. . .

Nov 25, 2013


kejap tadi aku pergi bank.
maklum la hari gaji kan.
terserempak dengan kawan satu kompeni tapi lain department.
masa tu tengah beratur kat atm.

dia pesan "tunggu sat, kita pi pekena teh dulu..." ada 2 orang lagi kat depan dia.
jadi aku pun tunggu la.
nama je satu kompeni, tapi jarang jumpa.


*******

borak-borak sambil mengeteh, kat kafe dekat dengan bank tu.
entah macam mana terbuka cerita yg wife dia mengandung lagi.
anak ke-3 la masuk yg ini.

"janganlah dia mintak yg pelik-pelik...lagi..."keluh kawan aku tu.

"kenapa? dia mengidam makan yg pelik-pelik ke?" aku teruja nak tahu.

"takdelah pelik sangat. masa pregnant anak sulung had aku. kita orang duk kat Kedah lagi. tapi dia teringin nak makan satay kajang. kat sana pun ada jual satay gak. tapi dia nak yg satay kajang jugak. tak nak yg lain....terpaksalah aku drive, beli satay kat kajang dan patah balik...aduuuh....sayang punya pasai kan..."ceritanya masih ada loghat utara.
walau dah kerja kat KL ni lama dah.

hahaha aku gelakkan aje ceritanya.

"anak yg no 2 pulak dia ngidam nak makan terubuk masin Sarawak. terubuk semenanjung dia tak mau. mujur ada kawan aku yg abang ipar dia ada duk Sarawak. dia kirimkan. kalau tak jenuh la aku nak pi naik kapai terebang gi Sarawak nun..."

hahahhaa. aku gelakkan lagi.

"wife hang tak dak macam tu ka?" tanyanya melihat aku yg asyik tersengih je mendengar ceritanya.

"mujur lah takde...cuma masa anak aku yg sulung la. dia ada cakap nak makan ikan pekasam. ikan pekasam perlis plak tu. sebab masa dia bujang dulu pernah pergi rumah kawan dia kat sana. mak kawan dia memang ada buat ikan pekasam. tapi taklah pulak kena pergi perlis. kebetulan aku cari kat pasar minggu salak, dekat dengan rumah. ada sorang mak cik yg memang jual ikan pekasam dari perlis. dia letak dalam tong kayu...
selamat aku. itu kira ok lah. kalau kena pergi perlis....naya la" cerita aku dengan panjang lebar.

hahahha giliran kawan aku tu pulak yg ketawa.

"mujur anak-nak yg lepas tu, takde permintaan yg pelik....legaaa" balas aku.

"setakat ni belum ada la. mujur-mujur sampai beranak nanti, dia tak mintakla...." sambung kawan aku tu.

"takpa la masa ni la diorang nak manja-manja. nak uji kita. sayang ke tidak dengan diorang...." aku buat kesimpulan.

4 refleksi:

Irfa said...

hahaha..
ngidam tu satu hal.masa ni ler nak manja2.. nak uji setakat mana suami sanggup melayan.
anak pertama, aku ngidam 'tupak sutun'(ketupat sotong) makanan ni gelemer kat kelantan tp sini pun ada kalau bulan posa.tp masa aku nak tu bukan bulan posa.. tak jauh pun, suami aku cari kat chow kit je
anak no 2.. aku ngidam buah laici ada tangkai ngan daun tu..dlm tin punya taknak..sbb dah selalu tgk kapal dr china bawak laici berkotak2.. dekat nak bersalin jugak baru jumpa,tp tangkai je ada..daun tarak

bangsawan nilai said...

hah ngada2 la nak buah laici siap dgn tangkai & daun hahahahah

betul la...masa pregnant ni la nak manja-manja lebih dan nak uji suami kan?

rahimin said...


wife aku ngidam daging rusa salai bro. kawan akata ada kat kuala pilah....tapi yg ada itik salai je. dpt beli dekat pasar selayang tapi kena salai sendiri la...adoi la. betul2 menguji la kan...hehehe

zana-norzana said...

Biasalah tu....... time nilah nak manja-manja ngan suami.....