aidifitri kami kali ini

Aug 6, 2014

oleh sebab raya pun dah masuk 10 syawal.
malahan ada yang dah setelkan pun puasa 6.
maka nak cerita pasal raya pun dah rasa macam sekadar throwback aje kan.
aku sumbat aje cerita raya kami satu family dalam satu entri.

tahun ini giliran beraya awal ialah di nilai.
sehari sebelum raya macam biasa, orang negeri sembilan sebut 'mantai'.
buatlah persiapan raya, masak yg spesel sikit.
kena masak yang ori lah, terutama masakan tradisional bukan yg ready made.
maksudnya bukan sekadar rebus nasi himpit atau rendang segera.
memanglah sekarang ni, kita boleh dapat tu di kedai, jimatkan masa, mudah.
tapi sebagai 'orang kampung', rasa semacam tak berapa kena dan janggal.

makanya, dianyamlah sendiri sarung ketupat untuk direbus.
ditebanglah buluh untuk bakar lemang.
dimasaklah daging dengan segala rencah untuk dijadikan rendang.

nah, ambik rendang daging sekuali besar.
15 kg daging sekali gus.
maklumlah keluarga kami besar, sebahagiannya balik beraya dan berkumpul.
raya kali ni, kak lang selaku masterchef tak berapa sihat. yang sediakan segala rencah dan ramuan ialah wife aku. dengan kak lang bertindak sebagai konsultan.

orang n. sembilan suka buat rendang yang dikacau hingga kering. jenuh juga nak masak rendang sebanyak ini yg perlu dikacau hingga kering.
sesekali aku bantu wifey kacau kuali ni. huh, lenguh jugak la tangan.

rendang ayam dan kari daging pun ada selain kuah kacang. yang ini diuruskan oleh kak teh dan kak anjang. aku pulak tolong andak bakar lemang dan rebus ketupat.


malam raya, ada acara takbir dari rumah ke rumah. (dah cerita dalam entri sebelum ni).ada jugak acara membakar bunga api dan mercun....hehehe
memang meriah dan seronok beraya kat kampung.

keesokannya, pagi-pagi dah bangun untuk sembahyang raya. oleh sebab rumah aku dengan kampung dekat aje, aku sembahyang di masjid taman perumahan aku aje la.

eril dah ready untuk ke masjid, solat aidilfitri
lepas balik dari solat raya.
ikut tradisi, kita bermaaf-maafan dan bagi duit raya kat anak-anak.
tahun ni semua puasa penuh. kopak jugak la.
kemudian disusuli sesi photoshoot hehe..
lepas tu gerak ke kampung.


siap nyanyi lagu 'balik kampung' walaupun perjalanan tak sampai 15 minit

 
sampai di kampung, semua dah tunggu. abang long sekeluarga, kak lang sekeluarga, kak teh sekeluarga, abang cik sekeluarga, kak anjangsekeluarga, abang tam sekeluarga, usu sekeluarga. cuma abang ngah dan andak sekeluarga beraya di kampung mentua dulu.
kami pun bermaaf-maafan. rasa sayu dan terharu juga tanpa ayah bonda di pagi hari raya buat kesekian kalinya.
kemudian  bertukar-tukar duit raya dengan anak buah dan sarapan pagi ramai-ramai.
kalau kami tak keluar awal, nanti adalah tetamu yg datang. jadi sebaik sarapan, konvoi kami pun bergerak.
destinasi pertama, pastinya pusara ayah bonda. kami sedekahkan bacaan yasin dan doa.
siraman air dan taburan bunga.



kemudian kami singgah ke rumah mak lang. arwah pak lang ialah adik kepada arwah abah. tinggal di hujung kampung.jenuh mereka nak layan konvoi kami sekeluarga. sampai terpaksa bersila/bersimpuh di lantai.


rumah singgahan seterusnya ialah rumah along tijah, sepupu kami di salak. di situ juga ada mak acik, satu-satunya adik perempuan arwah mak yang masih hidup. dia pun dah uzur.


agenda seterusnya ke rumah pak busu di labu. satu-satunya adik-beradik arwah abah yang masih ada. seterusnya singgah pulak ke rumah abang tam yang tak jauh dari rumah kak lang.


sebelah petangnya, kami lepak di rumah pulak, melayan tetamu yang datang.
tapi pada sebelah malam, kami sambung lagi konvoi ke rumah andak pulak di batang benar.
macam biasa, masak lemakcili api ayam kampung menjadi menu utama. ayam tu dibela sendiri oleh andak. andak juga ada bela kambing.


selepas tersandar kekenyangan dan sesi borak-borak.
abang cik ajak singgah ke rumahnya di kota seriemas.. walaupun waktu tu dah 10:30 malam.
kami kata, sediakan yang ringan-ringan aje.
maka bang cik pun sediakan yang ringan aje tapi tetap best.
cucur ikan bilis dicicah dengan sambal tumis, sambal sotong, kari ayam dan mee goreng mamak.
kami hanya sampai di rumah jam 12.30 malam.
fuh beraya sakan dari pagi hingga ke malam.


esoknya awal-awal pagi, kami bertolak balik ke kuantan.
mak mentua yang tinggal di rumah abang ipar kerana dia tidak berapa sihat.
raya kali ini di sebelah wifey tak berapa meriah sebab, tak beraya di kampung.
tapi, aku dan wifey ambik keputusan, bawak mak mentua balik kampung jugak.
jadi hanya kami satu family sajelah yang pulang beraya di kampung.
ini sebenarnya langsung tak dirancang.
kata wife, tak mengapa lah kita tak beraya kali ini, asalkan dapat balik kampung dan menjaga mak yang kurang sihat.
oleh sebab balik beraya kali ini, hanya kami saja.
anak-anak aku terasa boring pulak. ini  jadi aktiviti petang hahaha

kami berada di kampung dari hari raya ke-2 hingga jumaat.
hari jumaat kami bergerak ke kuantan semula sebab keesokannya ada majlis kahwin di rumah abang ipar seorang lagi.
pulang dari majlis kenduri pada hari sabtu tu, kami meneruskan perjalanan balik ke nilai.
sebelum tu singgah dulu di bahau, rumah abang ngah.
ayam golek menjadi menu utama. ada jugak pecal, gulai daging salai masak rebung, rendang kerang. kami bawak balik juga semua tu yang ditapau untuk makan malam.

itulah dia kisah raya kami, seminggu sekali gus.

2 refleksi:

zana-norzana said...

meriahnya...... ngacau rendang macam nak buat kenduri....... hehehe......
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

bangsawan nilai said...

ya selamat hari raya jugak utk zana-norzana.

mmg mcm nak buat kenduri...family besar la katakana ;)