nak kena sembur ke, nak kena gigit?
Aug 21, 2014
aedes sedang mengganas sekarang ni.
demam denggi dah makin mengancam.
aku dapat tahu di kawasan kejiranan berhampiran, ada satu keluarga semuanya masuk wad.
dah berapa kali lebih kurang jam 5:30 pagi aku dengar bunyi kenderaan.
macam orang sembur nyamuk.
aku tinjau tingkap, memang ya.
subuh tadi pun sama juga.
malam tadi jabatan kesihatan buat operasi besar-besaran.
sebelum tu diaorang buat pengumuman melalui pembesar suara.
ada 2 van dan land rover.
nak sembur ke dalam rumah sekali.
jadi keluar lah kami ke padang permainan depan tu beramai-ramai.
pada kami kesihatan lebih utama.
biarlah berbau sikit dalam rumah dek asap tu.
sementara aje kan.
tapi ada juga.
2-3 rumah jiran yang sanggup menyorok dalam rumah.
kunci pintu, tak mahu rumah mereka disembur.
kalau nyamuk tu gigit diorang tak apa.
tanggunglah sendiri.
kalau nyamuk tu gigit jiran atau anak-anak jiran dan sebabkan denggi?
itu dah kira tak patut, menganiaya jiran....hehehe
macam tu punya perangai jiran pun adaaa haishhh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 refleksi:
taman mana nih?
pg tadi xde apa pun
Post a Comment