apa yang sweetnya?
Apr 30, 2015
nampak gambar.
wife dia tengah makan, suaminya dukung baby.
maka ramailah yg memuji.
sweeeetnyaaaa!!
dulu pun masa bini gua makan kat kedai.
gua pun dukung baby gak.
makan gilir-gilir.ambik turn
ramai pun suami yg buat gitu.
takdelah rasa sweet sangat.
rasa tanggungjawab. memberi dan menerima...
tulis ayat-ayat cinta.
pada fb, twitter atau insta.
untuk pasangan. romantica de amor
soooo sweeettt...!
diorang tak tau.
itu semua copy paste je.
google kan ado.
nampak pasangan anak dah berderet macam gerabak lrt.
tapi masih pegang-pegang tangan.
ala la la ...sweetnya!
aku pun masih pegang tangan wife aku gak.
tak rasa sweet pun.
kengkadang rasa terpaksa...hehehe
sebab anak aku si erin yg paksa.
katanya 'papa ni tak sweet la. tak nak pegang tangan mama.."
terpaksalah aku mengsweetkan diri.
hahahaha
jom berpesta-pestaan
Apr 27, 2015
sedang berlangsung di PWTC sekarang hinggi 3 mei ini.
pesta buku antarabangsa kuala lumpur PBAKL ke-34.
masuk percuna.
seperti biasa memang acara wajib hadir saban tahun untuk aku.
pbakl menghimpunkan seluruh warga industri buku berpesta.
terdengar seorang salesman mempromo dgn gaya unik dan tersendiri.
"datang la sini bro,
sabtu lepas ada neelofa.
semalam raja nazrin turun.
KJ tall, dark & hensem pun datang..."
sultan nazrin shah |
KJ pun ado |
zaman sekarang dah tak pakai cermin . . .
Apr 14, 2015
perlukah kita teliti jenama jam tangan orang lain.
kemudian kita katakan harganya mahal sekian-sekian.
kita sebarkan kononnya orang itu kaya raya.
kononnya harga jam mereka pun dah boleh beli sebuah kereta atau sebuah rumah.
sedangkan hakikatnya tidak begitu.
adakah sebab jeles kita hanya beli jam tangan yg branded tapi gred 3A.
kita sebenarnya menipu diri. ikut ajelah kemampuan.
kengkawan beli kereta baru. kereta nasional.
kita ejek, kata takde standard.
kita beli kereta second hand jenama import.
ada yg dah 3rd hand, 4th hand.
tapi kita bangga.
lepas tu asyik keluar masuk workshop.
kita komplen pulak spare partnya mahal.
walhal lebih baik beli kereta baru biarlah murah pun.
tak banyak maintenance
artis pakai baju seksi.
kita pun duk mengutuk macam-macam.
beriya-iya kita bagi 'tazkirah'.
habis tu siapa suruh tengok.
tengoklah benda lain yg lebih berfaedah.
bila diorang start pakai tudung.
kita kutuk jugak.
"elehh kejap je tu nanti dah tak laku, bukak balik"
tudung tu nak fesyen je.
pakai tudung tapi mekap 3 inci.
begitu jugak.
orang pakai tudung mahal pun kita nak bising.
biar ajelah.
mungkin taste kita sekadar tudung bawal beli kat pasar malam.
kita pandai-pandai aje menilaikan orang.
nak tengok drama melayu.
tengoklah,
jangan sampai melangut terlajak tak solat maghrib.
kemudian kutuk pulak pelakon yg berwatak jahat.
gediklah, mulut puakalah.
heronya lembiklah. dayus la.
laaa...itukan lakonan je.
bila jumpa diorang kat shopping complex. diorang tak senyum.
kita kata diorang sombong. baru popular sikit dah jalan tak pijak tanah.
kita sendiri pun takdelah senyum 24 jam kan.
makin merepek-repek aku tengok dunia sekarang ni.
semakin menjadi-jadi percayakan apa saja yg ternampak atau terbaca.
kemudian dikongsi dan disebar pula.
sedar tak sedar kita pun berkongsi 'saham' yang tak sepatutnya
ingatan untuk diri sendiri jugak.
yang suka menilai orang.
kenalah nilai diri sendiri dulu.
awek kasyier di stesen minyak
Apr 8, 2015
pukul 10.30 malam.
'alamak bang, lupalah. minyak kereta sikit. mintak tolong isikan...
besok nak keluar kerja awal"
walaupun mengeluh panjang. berat rasanya nak bangun dan meredah jalan waktu begini.
'ku relakan jiwa' demi sayang isteri kan.
habis tu, dulu kata lautan api sanggup direnangi.
ini baru disuruh isi minyak kereta aje kan....
eleh...sikit punya hal.
stesen minyak yg besar tu dah lengang.
hanya kereta aku dan sebijik motor.
aku hulur note 50 pada awek kasyier yang mukanya sedikit kelat..
mungkin tak puas hati kena kerja shift malam.
'30 ringgit...' kataku.
'pam mana?' tanya awek kayier.
'kereta putih tu...' jawab ku. sambil tunjuk ke arah kereta.
tak ada kerata lain. hanya kereta aku dan sebijik motosikal waktu tu.
'iya lah pam mana...? tanya dia lagi.
walhal kereta aku tu pulak, pada pam paling dekat dengan kaunter bayaran.
takkan tak nampak nombor pam.
mungkin dia rabun agaknya.
malas nak layan, budak hingusan yg poyo.
'pam 1...' tak ada adab betul, budak baru nak naik ni.
lagipun aku nak cepat-cepat balik.
dia kembalikan wang baki rm20.
bila aku pam minyak.
sampai meter menunjukkan rm30.
meter masih laju
dan tak berhenti.
aku pun terus tekan pam tu.
terus meter laju sampai angka rm50.
kemudian stop.
aku pun cepat-cepat blah.
semasa ku memandu balik tu.
terfikir jugak.
kira cemana tu.
kira aku hutang rm20.
atau rezeki aku rm20 extra.
atau gaji minah poyo tu kena potong.
sebab silap punch harga....!
'alamak bang, lupalah. minyak kereta sikit. mintak tolong isikan...
besok nak keluar kerja awal"
walaupun mengeluh panjang. berat rasanya nak bangun dan meredah jalan waktu begini.
'ku relakan jiwa' demi sayang isteri kan.
habis tu, dulu kata lautan api sanggup direnangi.
ini baru disuruh isi minyak kereta aje kan....
eleh...sikit punya hal.
stesen minyak yg besar tu dah lengang.
hanya kereta aku dan sebijik motor.
aku hulur note 50 pada awek kasyier yang mukanya sedikit kelat..
mungkin tak puas hati kena kerja shift malam.
'30 ringgit...' kataku.
'pam mana?' tanya awek kayier.
'kereta putih tu...' jawab ku. sambil tunjuk ke arah kereta.
tak ada kerata lain. hanya kereta aku dan sebijik motosikal waktu tu.
'iya lah pam mana...? tanya dia lagi.
walhal kereta aku tu pulak, pada pam paling dekat dengan kaunter bayaran.
takkan tak nampak nombor pam.
mungkin dia rabun agaknya.
malas nak layan, budak hingusan yg poyo.
'pam 1...' tak ada adab betul, budak baru nak naik ni.
lagipun aku nak cepat-cepat balik.
dia kembalikan wang baki rm20.
bila aku pam minyak.
sampai meter menunjukkan rm30.
meter masih laju
dan tak berhenti.
aku pun terus tekan pam tu.
terus meter laju sampai angka rm50.
kemudian stop.
aku pun cepat-cepat blah.
semasa ku memandu balik tu.
terfikir jugak.
kira cemana tu.
kira aku hutang rm20.
atau rezeki aku rm20 extra.
atau gaji minah poyo tu kena potong.
sebab silap punch harga....!
Subscribe to:
Posts (Atom)