dekat dah tu...

May 29, 2015


alasan la tu.
bila nak dekat puasa je mulalah plan nak makan-makan.
plan nak buat jamuan.
plan buat pot luck.

buat potluck. save bajet.
banyak variety.
boleh makan utk sarapan, makan tengah hari & minum petang.
kengkadang tak habis, boleh tapau lagi.

ok.aku takde masalah pasal ni.
kalau buat seminggu sekali pun takpe.




kalaulah semua kaunter begini. . .

May 27, 2015


orang selalu kata.
servis kaunter gomen lembap.
terpaksa tunggu lama.
ada yg mengadu kengkadang kena tunggu diorang pergi minum.
kaunter banyak tapi yg bukak satu dua je.

aku pun jarang puji.
selalu terkena benda yg sama.
tapi kali ni aku terpaksa tabik.
epf atau kwsp dulunya ikut stail kerja gomen.
sekarang servis kaunternya jauh berubah.
sangat efisien.

persekitaran selesa.
tempat menunggu selesa.
kaunter banyak.
stafnya dari pak guard sampai staf kaunter sangat friendly.

notis sekelilingnya pun nampak bersopan.
selalunya kita baca notis larangan.
"dilarang merokok", "jangan bunag sampah merata-rata""dilarang guna telefon"
tapi di sini,  berbentuk reverse psiko..
"terima kasih kerana tidak merokok"
"terima kasih kerana menggunakan telefon dengan berhemah"
"terima kasih menggunakan kemudahan tong sampah".
siapa yang baca pun jadi segan nak buat tak elok.

servisnya pantas.
nak semak dokumen, mereka akan bantu.
nak buat urusan apa akan ada yang pandukan arah ke bahagian mana.
aku cuma berurusan tak sampai 10 minit.

di kaunternya pun.
bukan sekadar letak nama.
tapi siap ada notis ini.


ambik selfie setepek!

May 20, 2015


nak berselfie tu takde hal.
tapi tengok jugak la tempat.
majlis apa. orang sekeliling tu sapa.
nak ikut trend omputeh, memang semua mereka redah.

itu hari bila ada eksiden kat highway duke.
ramai yg kutuk myvi
mereka kata jangan salahkan myvi.
tapi salahkan driver tu.

samalah kes ni kan.
bukan salah selfie.
tapi salahkanlah orang yg berselfie tu..

itu hari ada budak baru nak up, ambik ijazah pun nak berselfie.
kesian jugak kengkadang pada hantu selfie ni.
tapi apa kelas ambik selfie atas pentas kan
try tengok abang-abang yg berselfie atas puncak menara KL ni....


minggu lepas kita orang ada kompeni trip kat langkawi.
sakan bebudak muda ni berselfie.
tak apalah.
kita layankan aje


itu bukan masalah kami . . .

May 18, 2015


sampai di hospital sudah jam 2 pagi.
hospital swasta di KL.
ayis dah stabil.
bergilir kami menjengoknya.
dia cuma diberi ubat tahan sakit.
dah buat scan.
tunggu result pagi nanti.

pada masa tu di wad sementara untuk kecemasan.
menjelang pagi dia perlu dimasukkan ke wad.
untuk pemeriksaan lanjut.

tapi kami kena bayar deposit dulu.
ini hospital swasta.
mahal.

"berapa?" tanyaku.

"rm4,000" jawab pekerja kaunter dengan wajah separuh tidur.

"boleh tak bayar separuh dulu? esok saya bayar balancenya" aku cuba tawar-menawar.

"tak boleh...ini polisi hospital" jawabnya, dengan muka tanpa perasaan.

"mana nak cari, malam-malam buta ni..." aku mengeluh.

"itu bukan masalah kami. kami ikut arahan..." tambahnya tanpa wajah kasihan atau simpati.

aku menuju ke arah ateh.
kami bincang.
perlu buat keputusan segera.
ayis yang sedang sakit, adalah keutamaan.

'ateh memang takdo duit. harapkan kau yo..." ateh terus terang.
air matanya masih bergenang.

aku perlu buat keputusan sukar.
bawa ayes keluar malam tu.
moga dia dapat bertahan menjelang pagi.
hantar ke hospital lain.
tak kesah lah swasta ke, kerajaan ke.

seorang nurse datang menghampiri.
'sini mahal bang. kalau ada insurance tak pe la...deposit je dah 4 ribu.
belum masuk kos rawatan lagi."
aku diam je.
aku faham.
bukan aku takde duit.
tapi pada waktu begitu. jam 2 pagi.
mana aku nak cekau duit.
nak mintak tolong orang lain pun, kena tunggu siang lah.
tapi aku kena buat decision, waktu tu jugak.
tak boleh tidak.

aku bagi tahu petugas.
aku nekad.
bawa keluar ayis.
ateh menurut saja.

tapi sebelum tu.
kena bayar kos rawatan, ubat dan scan.
itu pun dah menjangkau seribu lebih.

mujur, duit cash cukup-cukup je dalam wallet.
dengan susah payah aku bawak ayis naik kereta, balik ke nilai.
lepas subuh esoknya.
kami ke hospital di seremban.

ayis segera dibedah. pagi itu juga.
alhamdulillah, selamat semuanya.