aidiladha 1436

Sep 28, 2015


alhamdulillah.
raya aidiladha kali ini dapat sekali lagi menyempurnakan ibadah korban.
kongsi dan pakat adik beradik, dapatlah korban 3 ekor lembu tahun ini.
selesai je sembahyang raya di masjid, terus bergegas 'balik kampung'....

orang kampung, pakat-pakat menolong.
ada yang tolong melapah, tolong potong, tolong kapak tulang, tolong timbang, tolong bungkus.
ada juga yang sekadar meramaikan majlis, pun okey je.
3 ekor sekejap je proses sembelih, lapah, potong dan timbang.
seterusnya diagih-agihkan.
start jam 10.30 dekat pukul 12.00 dah setel semuanya...
cuaca pun cerah.

sempat juga adakan majlis tahlil.
diakhiri dengan kenduri.
sebelah petangnya, seperiuk besar sup torpedo, sup gear box, sup tulang  untuk sedara-mara dan orang kampung yang sanggup menunggu sup siap direbus/masak.

koboi kampung


kena ada pakar jugak yang sembelih



majlis tahlil


kerja melapah...anak muda pun boleh



penat sikit tak mengapalah . . .

Sep 23, 2015


ahad lepas ke majlis kenduri.
di kuala rompin, pahang.
jauh tu, tapi yang ini memaang tak boleh diuzurkan.

kenduri kak ani dan bang lan.
kak ani adalah spupu wifey.
walaupun jarang berjumpa, tapi sesekali berjumpa tu memang mesra.

yang paling aku ingat.
masa rombongan nikah kahwin aku dulu.
rumah kak ani lah  jadi persinggahannya.
kak ani juga menyediakan makan minum.
dan uruskan perjalanan rombongan pengantin lelaki.

jadi, rasa terhutang budi tu memang ada.
apatah lagi sikap ramah tamah kak ani dan abang lan.
membuatkan kita rasa terpanggil memenuhi jemputan.

perjalanan aku hari tu melalui kuala pilah, serting, tembus ke muadzam shah dan sampai ke kuala rompin.
kami mulakan perjalanan dari nilai jam 8 pagi dan samapi ke sana jam 12 tengah hari.
berjumpalah dengan ramai sedara mara.

aku dan wifey diberi kesempatan menepung tawar pengantin.
walhal sepatutnya sedara terdekat je diberi penghargaan.
terima kasih kak ani & abang lan.

aku jangkakan mak mentua aku juga datang dari kuantan.
tapi kami dikhabarkan dia tak jadi datang.
tak berapa sihat.

kami terpaksa buat keputusan.
walaupun perancangan awalnya, nak terus balik saja.
maklumlah, esoknya nak kerja.
perjalanannya jauh dan memenatkan.

akhirnya diputuskan, meneruskan perjalanan ke kuantan.
ambil masa 2 jam jugak.

selepas jumpa mak mentua di kuantan.
malamnya, selepas maghrib, baru bertolak balik ke nilai

sampai di rumah dah jam 11 lebih.
badan penat.
tapi berbaloi rasanya
biarlah badan penat sikit asalkan menggembirakan orang lain....

perihal bihun. . .

Sep 18, 2015


pagi tadi sarapan di kafeteria yg biasa aku pergi.
pagi-pagi begini tak ramai orang.
di kaunter, brader kasyier yg biasa tak kelihatan waktu aku nak bayar.
mungkin cuti agaknya.
oleh sebab dah jadi pelanggan tetap di situ, aku putuskan...makan saja dulu.
lagipun pernah jugak sekali dua bila brader tu takde dikaunter, aku makan dulu dan bayar kemudian.
breakfast biasanya tak heavy pun macam makan tengah hari.

selepas habis makan, aku ke kaunter semula.
brader kasyier tu tak ada.
digantikan oleh wife kepada tauke kafeteria.
sambil mendukung baby-nya di kaunter.

dia senyum je.
aku balas senyum tu kepada baby dia...hehe.

'tadi saya makan, bihun...telur mata dan karipap sebijik..."

'bihun tu banyak ke sikit?"

aku agak hairanlah jugak. tapi tetap jawab

'biasa je..."

rm3.50 tertera pada mesin kasyier.
aku hulur duit rm 10 dan dia pulangkan baki.

waktu bayar tadi aku takdelah ingat apa-apa.
tapi waktu melangkah ke parking kereta.
baru aku terfikir.

'uish...kurang asam. dia ingat aku nak bubuh bihun tu menggunung dalam pinggan ke?
ada pulak tanya banyak ke sikit...!
bukan ke harga sepinggan bihun tu standard je

aiishhh....


jerebu punya hal

Sep 15, 2015


malam tadi semasa menghantar eril ke kelas tuisyen.
jerebu sangat ketara bila disuluh lampu jalan dan lampu kereta.
kelam berbalam-balam

"teruk dah ni...rasanya cuti esok" kataku.

'cikgu kata kalau ipu 200 baru sekolah cuti...
tapi tekak dah rasa kering dan rasa lemas" sambut eril.

'tak payah la pergi sekolah esok.
kalau sekolah tak cuti pun, papa bagi cuti...!" aku buat keputusan.

'yeay...!" sambut eril.

jerebu di nilai sangat teruk.
dah sampai indeks ipu sangat tidak sihat.
aku buat keputusan sendiri. bukan apa, untuk kesihatan anak-anak.

tengah malam tadi.
bertalu-talu wassap masuk.
ya...kementerian dah isytihar sekolah cuti.
aku dah mendahului dengan kuasa veto...!




kisah aku, jiran dan anak anjing . . .

Sep 10, 2015


subuh tu, aku dan wifey terdengar bunyi anak anjing.
agak dekat, mungkin di belakang rumah
dia tak menyalak. tapi macam merengek (eh...macam baby pulak merengek)
aku syak anak anjing tu dalam kesusahan....cewah.
mungkin dia ditinggalkan oleh maknya.
atau tersesat jalan, maklumlah kecik lagi tak tahu jalan balik.
atuh terjatuh dalam longkang besar belakang rumah.
atau cedera dipukul orang.

aku tunggu hari cerah dulu.
kalau dalam gelap nanti pergi belakang rumah, nanti jiran ingat aku nak menghendap.
silap-silap ada yg ingat aku ni penyamun nak pecah rumah pagi-pagi buta.

semasa aku ke belakang rumah.
jiran sebelah rumah pun ada di situ.
tentulah dia pun ada dengar bunyi anak anjing tu.
tapi suara tu semakin perlahan.
mungkin dah semakin lemah.

'kau pun ada dengar bunyi anjing tu ya?' tanya dia.
'aku rasa anjing tu jatuh longkang kot" jawab aku

kami pun cuba mencari arah di mana anjing itu.
semakin dekat semakin nyata.
memang sah ada bunyi anak anjing datangnya dari longkang besar belakang rumah.
sebahagian daripada longkang tu bertutup dengan kepingan konkrit.
sebahagian lagi dengan jeriji besi.

ada ruang sedikit saja pada bahagian di antara penutup konkrit dengan jeriji.
mungkin di situlah anak anjing tu terjatuh.
kalau tak diselamatkan mungkin boleh mati.
atau macam mana kalau hari hujan.
tentu akan dihanyutkan aliran air longkang.

terfikir jugak nak panggil bomba.
sebab takde idea macam mana cara nak naikkan anak anjing tu.

akhirnya selepas 'bertukar-tukar pandangan'.
kami dapat idea.
cari kayu terpakai dan susun batu-bata.
letak pada ruang tu.
jadikan seperti tangga, supaya anak anjing tu boleh panjat naik.
kemudian kami cuba halau dia ke situ dari hujung sebelah sana dengan kayu penyapu.

akhirnya dengan bersusah-payah, anak anjing tu dapat panjat naik.
dan berlari meninggalkan kami.
sambil berlari-lari, anak anjing tu menoleh ke belakang kepada kami.
mungkin tanda mengucapkan terima kasih sebab selamatkan dia...hehe

kejadian ini berlaku minggu lepas.
aku tulis ni sebab ada baca beberapa berita orang selamatkan anjing yg jatuh longkang.
ada orang ambik gambar dan ada jugak yg ambik video.
kemudian viralkan.

sekurang-kurangnya, dalam sejarah hidup aku.
aku dan jiran aku tahu, kami pun pernah selamatkan anjing.
takde pun ambik gambar. takde videokan. apa lagi nak viralkan.
malahan, kami tak ceritakan pun dengan jiran-jiran yg lain.
yg mungkin masih lagi tidur pagi itu.

ianya datang dari hati dan rasa perikemanusiaan.
tak lebih dari itu....






adegan bila jumpa ex . . .

Sep 3, 2015


bila jumpa kawan lama.
bekas rakan sekerja.
kita biasanya akan cerita hal yg berlaku kat ofis dulu.
benda yg masa dulu tu serius pun, sekarang dah rasa kelakar.
contoh kena marah dengan boss sebab deadline terlajak, kerja pending.
kena stay kat ofis 24 jam nak siapkan kerja.

bila jumpa kawan lama.
rakan satu pengajian atau satu kolej di u dulu.
kita biasanya cerita pasal hal kat kolej atau kuliah.
buat assigment last minute. ngorat 'adik' siswi, ponteng kelas.
jatuh cinta tak berbalas. kena repeat paper.

bila jumpa kawan lama.
satu sekolah dulu.
kita biasanya cerita hal alam sekolah la kan.
pasal kena berdiri atas meja, nyorok dalam tandas masa perhimpunan sebab rambut panjang,
ragging budak freshie, panjat  pagar nak keluar asrama waktu malam..

tapi...
bila jumpa awek lama?
apa kita nak buat?
apa kita nak sembang?
apa yg kita nak flashback, throwback atau segala back yg lain...
silap-silap kena backhand!

tambah pulak masa tu kita tengah dukung anak yg meragam.
atau tengah makan satu meja dengan isteri dan anak-anak.
atau tengah beratur beli tiket wayang dengan satu gerabak sekali berderet.