- siri bercakap dengan erin . . . 9

Feb 28, 2012

lepas maghrib. duduk rehat depan tv. tunggu buletin utama.
erin tengah golek-golek main dengan teddy bearnya.

aku: ada homework tak hari ni...?

erin: ada. english...

aku: ok. lepas makan nanti, buat ya...

erin cuma mengangguk.


lepas makan malam. spt dijanjikan...

erin: papa ada homework tak hari ni...?

aku: eh...papa mana ada homework.

erin: abis tu yg papa selalu, buat kerja tu?

aku: oooo...tu keje ofis.

erin: nak pinjam komputer boleh tak?

aku: nak wat apa?

erin: senang sket wat homework... (dgn wajah penuh konfiden!)

- isnin yang blues -

Feb 27, 2012

aku rasa dah jadi macam robot. segala yg aku buat menjadi mekanikal. tambah pulak dengan sistem yg kononnya memudahkan tapi sebenarnya menjadi lebih komplikated. takde kompromi. semuanya berasaskan angka dan abjad. semuanya mesti kos efektif. tapi mahukan hasil maksimum.
mahu jadikan semua kerja ada garis mati - deadline. tiada lagi sentuhan insaniah.
sekali buat silap, semua yg baik sebelum itu terpadam. tiada kreativiti, tiada fleksibiliti.
buat kerja, siap, jual. untung paling utama.
ape ketidaknya kalau belum office hour dah kena attend meeting. dah habis office hour masih dlm bilik meeting.
cuti sabtu ahad pun, kena angkut kerja ofis hingga tidur pun atas sofa.
yg jadi, masalahnya. aku bukanlah betul-betul robot.
kalau ya, aku dah lama bertukar jadi transformers, tembak dan lanyak siapa saja, tak kira orang bawah atau orang atas!

entri ini menjadi kecil-kecil sbb diserang virus monday blues...

- detik 6:00 petang yg penuh debar -

Feb 23, 2012

5:50 pm - aku dah pun sampai ke destinasi yg dituju.
dan takde masalah nak parkir kereta.
tapi, masih belum sampai waktunya.
aku tak matikan enjin.

di radio, lagu 'pokok' hazama & meet uncle husein memenuhi ruang kereta.
sambil itu aku membelek bb.
tengok status facebook yg dipos oleh kawan-kawan.
ada yg lucu, ada serius. aku lebih suka idea yg spontan. dan aku akan 'like'.
ramai yg nak impress kengkawan dengan cut n paste sumber lain. tak best!

5:55pm - makin banyak kereta yg masuk parkir.
ya, masa inilah orang keluar ofis. baru balik kerja.
ada yg singgah jumpa kengkawan. ada temu janji.
atau sekadar melepas penat dan mengisi perut sebagai minum petang.
aku masih dalam kereta. enjin masih hidup. air cond masih on.

5:58 pm - aku perlu memulakan misi sekarang.
detiknya sudah tiba.
tutup radio. tutup air cond. matikan enjin. kunci kereta.

tepat 6.00 pm...
aku beri 'arahan'.
dia, tengok jam di tangan.
tak percaya...
dia panjangkan leher...tengok jam di dinding.

ya...tepat jam 6:00 pm








set ni hanya boleh diorder selepas jam 6:00pm

- debat...hanyalah alasan untuk salahkan orang lain -

Feb 22, 2012

baru-baru ni ada debat antara lim guan eng dengan chua soi lek. tayang live kat tv.
aku tak tengoklah. hanya dengar cerita daripada kawan-kawan dan berita dlm tv dan akhbar.
kononnya, ini cara baru berpolitik. inilah cara demokrasi sebenar pada sesetengah orang.
bagi aku, itu stail barat. tak semua dari barat tu elok.

tapi hasilnya...apa?
sekadar menegakkan agenda politik masing-masing lah. tanpa ada titik temu. takde masalah yg dapat diselesai.



di kompeni aku pun ada acara debat ni.
malah kerap jugak berlangsung. terutama masa mesyuarat bulanan.
aku pun kadang-kadang join jugak debat tu.

tapi samalah jugak macam debat guan eng vs soi lek.
takde hasilnya.
selain masing-masing mengaku mereka lah pemenangnya.

namun, aku dah buat keputusan dah.
kalau ada lagi acara debat 'dianjurkan' oleh kompeni aku.
aku tak nak join dah.
aku nak jadi tukang tengok aje. kalau dapat jadi juri pun bagus.

sebab dah tahu dah.
walau sehebat mana kita berdebat.
sebaik mana pun hujah kita.
tapi...cuma ada satu pemenang.
ya, pemenang yg sama berulang-ulang.
atau disebut juara bertahan...




BOSS!

- hidup ini ibarat bola snuker -

Feb 21, 2012

"hidup kita ibarat bola snuker..." kata seorang kawan suatu masa dulu.
masa tu main snuker adalah untuk mengisi masa lapang kami. ada orang main snuker sambil bertaruh. atau senang cakap main judi macam main billiard jugak. tapi, itu haram!

tapi kami tak. kami main untuk suka-suka. sekarang snuker jugak dikategorikan sebagai sejenis sukan. malah dipertandingkan di peringkat dunia. malah malaysia pernah menang pingat di sukan asia dan sukan sea.

cuma nak main snuker kena sewa mejanya. maksudnya sekali dengan kayu atau dipanggil kiu dan bolanya. jadi, kena bayarlah. kadang-kadang kami tong-tong (kongsi). kadangkala bila poket agak ringan, kami buat macam satu perlawanan lah. "siapa kalah kena bayar". ataupun "siapa kalah, lepas ni kena belanja makan, open table". itu bukan unsur tak sihat. sebaliknya sebagai unsur 'motivasi'. lebih fokus dan meningkatkan mutu permainan...hah hah



oleh sebab aku ni taklah berapa 'terer' sangat. sebab baru saja berkecimpung dalam arena snuker ni. lebih sukalah aku untuk aksi berpasangan. lagipun, lagi ramai yg main, lagi seronok dan meriah. maka man rock lah yg selalu jadi pasangan aku. atau orang panggil regu. atau tagged team.

dan jarang sangatlah bila kami berlawan, kami kalah dan kena bayar sewa meja atau kena belanja makan. sesekali kalah tu, memang adatlah. 

dulu, aku tak terfikir sangat, apa maksud man rock. yg mengutarakan kias ibarat "hidup kita ibarat bola snuker". sejak kebelakangan ini aku makin yakin dengan falsafah tersebut. memang ada kena-mengena dengan kehidupan aku. dan mungkin kehidupan ramai orang kalau tidak pun semua.

tapi masalahnya mungkin hanya pemain snuker saja atau pernah main snuker atau minat sukan snuker saja yg akan faham akan kata-kata tersebut. jadi, kalau nak tahu benar atau tidaknya kata-kata tersebut, kenalah berjinak-jinak dengan snuker. aku sendiri pun dah lama tak bergiat dalam aktiviti snuker lagi.

sejak kami meninggalkan kampus dulu, dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri. lagipun, aku tak punya pasangan atau regu sehandal man rock. kalau tidak naya nanti nak bayar duit sewa meja atau kena belanja makan bila kalah main snuker.

man rock sendiri pun kini sudah beralih bidang. dia kini sudah berkecimpung dalam arena mendidik anak bangsa. bukan lagi memegang kayu snuker. tapi mungkin  marker pen. sebagai lilin yg membakar diri, menerangi orang lain. senang cakap, man rock kini bergelar 'cikgu'.

tapi, kata-katanya tetap aku kenang hingga hari ini.. dan tak mustahil juga kalau man rock turut memperturunkan falsafah "hidup kita ibarat bola snuker' itu kepada anak-anak muridnya......dan anak muridnya perlu bermain snuker untuk 'menghayati' apa maksud sebenar di sebaliknya....hi hi

- bukan cuti sekolah je ada kenduri kahwin.. -

Feb 20, 2012

semalam, ahad. kami ke jemputan kenduri kahwin
masa kami sampai, tetamu tengah ramai dan rancak menyuap

kebetulan pengantin pun baru sampai.
ada silat sokmo...

majlis kahwin adik kpd kawan aku...ejay & kiki
rambut pengantin lelaki lebih panjang dpd pengantin perempuannya.

kat sinilah majlis tu berlangsung...

- budak-budak sekarang dah boleh berdikari -

Feb 16, 2012

lama dah tak cerita pasal eril, erol ataupun erin.
diorang dah semakin 'berdikari' sekarang.



eril dah boleh diharap mamanya, tolong vakum untuk bersih rumah.
okeylah. boleh bantu sikit-sikit kemas rumah.
tapi hari tu, dibuatnya main vakum tu.
dibukaknya tabung. ditaburnya duit syiling.
lepas tu divakumnya...

erol dah boleh buat air sendiri.
tapi dengan syarat, mesti air milo.
lebih tepat lagi milo sejuk. laa, produk baru milo tu...
keluarkan milo dari paket, dan bancuh dengan air sejuk.
tapi,
tak kira pagi petang, siang malam
dia asyik minum milo sejuk...

erin memang suka main teddy bear.
selalunya lepas main dibiarkannya bersepah.
jadi, mamanya tolong kemas sambil membebel.
sekarang dia dah boleh kemas sendiri.
cuma masalahnya, erin longgokkan semua teddy bear atas katil.
dan erin tidur atas lantai...


- hendak ketawa bukannya lawak -

Feb 15, 2012

selepas berkenal melalui e-mel kita orang pun set tempat dan masa untuk bertemu. bukan dating. tapi urusan kerja. kenal pada nama, bukan pada rupa.
ini lebih kepada blind appointment bukan blind date. bukan cinta muka buku!

bangsar south city. kopitiam ****. lunch time. jam satu.

aku pun bergerak awal dengan seorang kawan. ini projek yang boleh buat duit jugak. kena jumpa, bincang betul-betul. tengok apa yg dicadangkannya. kalau ok. kita ambik projek tu. kena ada terma dan syarat. bajet kena tengok jugak. deadline pun kena tahu, takut termakan janji tak sempat siap.

kalau ikutkan e-mel. namanya seorang perempuan. mungkin ah moi. aku cuba meneka. kalau nyonya pun tak kiralah. janji projek, masyuuuk...

agak awal kami sampai. 12.45.
"kita tunggu kat luar ni ajelah. still ada 15 minit. tak fair tuk dia" aku buat keputusan.
rakan sekerja ku angguk aje. setuju.
kami berlegar-legar depan kopitiam. sambil tengok orang lintas lalu. kereta di jalan, lalu lalang. sibuk juga tempat ni. bisik pada hati.

12.55
aku hantar satu sms -  "we r here".

hampir serentak dengan itu. terdengar bunyi mesej masuk pada henfon.
betul-betul di belakang aku!

"eh lama tunggu ke..." sapa seseorang yg muncul dari belakang. sambil memegang henfonnya.
jauh sekali dengan yg aku bayangkan melalui e-mel.
bukan seorang ah moi atau nyonya.
sebaliknya...
seorang lelaki. melayu. agak muda. dengan beg sandang. pakai t-shirt dan seluar pendek sahaja.

aku dan kawan aku, saling berpandangan.
tapi salamnya, aku sambut jugak. sambil memperkenalkan diri.
"dah lama sampai..." itu saja yg mampu terkeluar dari mulutku.

"tak lama lah dalam 12.45 tadi..."jawabnya.
lalu kami pun berjalan menuju kopitiam. fikiranku masih bagai tak percaya.

bukan saja suara di telefon boleh menipu.
atau profile pic di fb boleh salah persepsi.
e-mel pun boleh jadi salah jangkaan.

"nak duk luar ke masuk dalam..." aku sudah mula boleh terima hakikat.
"kat luar aje la..." balasnya.
sambil menarik kerusi dan duduk dia memulakan perbualan, "baru balik training ni..."

hah!...training apa pulak ni. tapi aku simpan aje soalan tu dlm hati.

belum sempat kami mulakan perbualan seterusnya. dia terima panggilan telefon.
"ni bukan nombor you kan....?" wajahnya sedikit panik.

dia tahu solan tu, adalah soalan bodoh.
buat apa aku nak telefon. dah ada depan mata!

"eh...biar betul. bukan la..."! aku jawab lurus tak belok-belok.

"laaaa...saya patut jumpa orang ni..."mukanya mula berkerut. pucat sikit.

serentak dengan itu panggilan telefon masuk ke henfonku. aku sedikit kebingungan

"hello...this is Iris. sitting inside the kopitiam. table in the middle..." laju je dia bercakap.

"oo...oo...ok..." jawabku. sedikit tergagap.

habis tu, yg depan aku ni sapa pulak???

inilah padahnya, tak perkenal diri betul-betul. temu janji buta.

**********

selesai perbincangan dgn iris, ya...dia memang seorang ah moi. aku lalu depan meja mamat tadi.
bersama-samanya ada dua orang lagi lelaki. sedang berbual.
sebaik nampak kelibat aku. dia tersenyum, sambil mengangkat tangan.

**********

ini kisah benar yg berlaku pada aku. pada tengah hari isnin. jam 1 tengah hari. di sebuah kopitiam, bangsar south city.