- hidup ini ibarat bola snuker -

Feb 21, 2012

"hidup kita ibarat bola snuker..." kata seorang kawan suatu masa dulu.
masa tu main snuker adalah untuk mengisi masa lapang kami. ada orang main snuker sambil bertaruh. atau senang cakap main judi macam main billiard jugak. tapi, itu haram!

tapi kami tak. kami main untuk suka-suka. sekarang snuker jugak dikategorikan sebagai sejenis sukan. malah dipertandingkan di peringkat dunia. malah malaysia pernah menang pingat di sukan asia dan sukan sea.

cuma nak main snuker kena sewa mejanya. maksudnya sekali dengan kayu atau dipanggil kiu dan bolanya. jadi, kena bayarlah. kadang-kadang kami tong-tong (kongsi). kadangkala bila poket agak ringan, kami buat macam satu perlawanan lah. "siapa kalah kena bayar". ataupun "siapa kalah, lepas ni kena belanja makan, open table". itu bukan unsur tak sihat. sebaliknya sebagai unsur 'motivasi'. lebih fokus dan meningkatkan mutu permainan...hah hah



oleh sebab aku ni taklah berapa 'terer' sangat. sebab baru saja berkecimpung dalam arena snuker ni. lebih sukalah aku untuk aksi berpasangan. lagipun, lagi ramai yg main, lagi seronok dan meriah. maka man rock lah yg selalu jadi pasangan aku. atau orang panggil regu. atau tagged team.

dan jarang sangatlah bila kami berlawan, kami kalah dan kena bayar sewa meja atau kena belanja makan. sesekali kalah tu, memang adatlah. 

dulu, aku tak terfikir sangat, apa maksud man rock. yg mengutarakan kias ibarat "hidup kita ibarat bola snuker". sejak kebelakangan ini aku makin yakin dengan falsafah tersebut. memang ada kena-mengena dengan kehidupan aku. dan mungkin kehidupan ramai orang kalau tidak pun semua.

tapi masalahnya mungkin hanya pemain snuker saja atau pernah main snuker atau minat sukan snuker saja yg akan faham akan kata-kata tersebut. jadi, kalau nak tahu benar atau tidaknya kata-kata tersebut, kenalah berjinak-jinak dengan snuker. aku sendiri pun dah lama tak bergiat dalam aktiviti snuker lagi.

sejak kami meninggalkan kampus dulu, dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri. lagipun, aku tak punya pasangan atau regu sehandal man rock. kalau tidak naya nanti nak bayar duit sewa meja atau kena belanja makan bila kalah main snuker.

man rock sendiri pun kini sudah beralih bidang. dia kini sudah berkecimpung dalam arena mendidik anak bangsa. bukan lagi memegang kayu snuker. tapi mungkin  marker pen. sebagai lilin yg membakar diri, menerangi orang lain. senang cakap, man rock kini bergelar 'cikgu'.

tapi, kata-katanya tetap aku kenang hingga hari ini.. dan tak mustahil juga kalau man rock turut memperturunkan falsafah "hidup kita ibarat bola snuker' itu kepada anak-anak muridnya......dan anak muridnya perlu bermain snuker untuk 'menghayati' apa maksud sebenar di sebaliknya....hi hi

1 refleksi:

rahimin said...

ha ha falsafah baru ni...