- kami mahu terbang -

Feb 9, 2012

sabtu lepas kami sekeluarga terbang ke langkawi. sebenarnya wifey dapat diskaun hotel penginapan sehingga 50%. bukan hotel calang-calang jugak, 5 star untuk 3 hari 2 malam. jadi kami cuma perlu dapatkan tiket kapal terbang. ushar punya ushar pada satu malam yg tenang dapat jugaklah tiket dpd now everyone can fly . terus buat booking. kata orang, try lah masuk web site syarikat penerbangan tu tengah tengah malam. nasib baik, bulan cerah, boleh dapat diskaun atau harga runtuh. kalau tak percaya cer cuba ya...

ini kali ke-2 kami sekeluarga ke sana. bagi aku sendiri dah lebih 10 kali rasanya. kebanyakannya atas urusan kerja la. jadi, tempat kunjungan biasa lah, kereta kabel, padang matsirat, pekan kuah, dataran lang, makam mahsuri, galeri perdana, kampung buku, pantai chenang dan tempat tumpuan pelancong yg lain.

ada sikit masalah dengan gambar. sebab kamera digital cap ayam dah rosak, maka guna sajalah kamera henfon. timbul pulak masalah lain. entah macam mana terdelete pulak file gambarnya. jadi tak dapatlah nak di'buktikan' kami ke sana. tak kesahlah, yg pentingnya kami memang benar-benar ke sana. dan enjoy sakan.

koleksi perfume duti free

kali ini sewa kereta dan pandu sendiri. lebih bebas. setakat langkawi tak sesat punyalah. sedangkan nilai pun eden tak sosat...ha ha ha.

tak kesahlah walau sesekali tersasul jalan. tapi akhirnya sampai jugak ke destinasi yg dituju. malah oleh sebab persaingan syarikat sewa kereta dan kemahiran tawar menawar dapatlah kereta toyota yaris utk rm 100 sehari...


erol, eril dan erin cukup seronok sekali. wifey macam biasa, shopping sakan. rambang mata dia tengok set pinggan mangkuk dan alatan dapur. aku cuma target nak beli perfume je. yg lain nak makan angin puas-puas.

set pinggan mangkuk wifey
kedai idaman suri dan haji ismail group memang tak sah kalau tak dikunjungi. mujur juga dah bayar awal caj bagasi berlebihan. jadi kpd kengkawan yg naik kapal terbang tambang murah, sila masukkan awal-awal caj bagasi semasa tempahan tiket. kalau tak dia caj ikut berapa berat bagasi masa check in, bergandalah mahalnya. ini dipelajari dpd pengalaman lepas. sekali terkena, dua kali waspada.

dan tak lupa juga coklat dan t-shirt bertulis langkawi la. oooo...dan minyak gamat!

itulah sahaja cerita lawatan singkat kami ke bumi bertuah pulau legenda. tak banyak gambar macam blog happy irfa.

he he he. "syonoknya..." kata erin sambil menunjukkan gigi rongaknya.

3 refleksi:

Irfa said...

HEHE..camner lak namaku di sebut.patutlah tesedak tadi..ko ngumpat aku yer :)

mak ayah duh sebut2 nak gi langkawi..tiket free dah ada.tapi belum set tarikh lagi.hajat hati nak gi cuti sekolah bulan Mac nanti.tgkla camner dulu

langkawi cuma pulau..pusing kot mana pun tang tu jugak..kalau sesat pun balik tpt yg sama.

anak2 seronok..mak ayah double seronok la kan

bangsawan nilai said...

dah ada niat tu, baikla pergi...
mmg aku saja sebut nama irfa biar sampai terdedak!

rahimin said...

bro, mana perfume yg gua kirim?