akhirnya setelah hampir dua bulan juga berdepan dengan pencemaran bunyi dan udara. bau simen. rumah yg habuknya setebal 5 inci, berdepan kontraktor rumah yg disuruh lain dibuat lain, bertekak dengan staf majlis perbandaran yg tak mesra pelanggan, segala cabaran itu berjaya diharungi.
wifey dah tak perlu lagi mengemop lantai 10 kali sehari. aku dah tak perlu lagi tapau makanan di kedai sebab peralatan dapur tak boleh diguna untuk memasak. erin tak boleh main teddy bear sambil golek-golek di lantai. erol tak boleh main play stationnya sebab hanya boleh guna satu tv. eril tak boleh baca buku ceritanya dengan aman sebab bunyi bising dan ruang tamu berhabuk.
maka dengan rasminya, pada sabtu lepas, beberapa jam sebelum kami terbang bercuti ke langkawi, diisytiharkan renovation rumah siap sepenuhnya!
cabarannya, sekarang ialah untuk menyusun barangan rumah dan perabot. membersihkan segalanya yg berhabuk. mencuci segala yg kotor. mengeluarkan semula barang yg sebelum ini dibungkus dalam kotak. memasang semula segala perhiasan dan aksesori yang perlu digantung atau dipaku.
huh! banyak kerja weh....macam masuk rumah baru pulak jadinya.
apa pun syukur segalanya sudah selesai. selepas ini bolehlah tidur dengan aman. berehat dengan senang hati. bajet pun tak banyak lari. buat masa sekarang rumah kami macam main pondok-pondok. belum dikemas sepenuhnya. main sangkut dan letak saja mana perlu.
nantilah hujung minggu nanti, kena buat gotong-royong. silap-silap hari isnin ada yg m.c atau e.l.
yg pastinya, tukul pasti berbunyi walaupun rumah dah siap!
peribahasa sebenar:" rumah siap, pahat berbunyi"
1 refleksi:
haaaa dh sipa pun. bila nk buat open house, makan-makan.
Post a Comment