- debat...hanyalah alasan untuk salahkan orang lain -

Feb 22, 2012

baru-baru ni ada debat antara lim guan eng dengan chua soi lek. tayang live kat tv.
aku tak tengoklah. hanya dengar cerita daripada kawan-kawan dan berita dlm tv dan akhbar.
kononnya, ini cara baru berpolitik. inilah cara demokrasi sebenar pada sesetengah orang.
bagi aku, itu stail barat. tak semua dari barat tu elok.

tapi hasilnya...apa?
sekadar menegakkan agenda politik masing-masing lah. tanpa ada titik temu. takde masalah yg dapat diselesai.



di kompeni aku pun ada acara debat ni.
malah kerap jugak berlangsung. terutama masa mesyuarat bulanan.
aku pun kadang-kadang join jugak debat tu.

tapi samalah jugak macam debat guan eng vs soi lek.
takde hasilnya.
selain masing-masing mengaku mereka lah pemenangnya.

namun, aku dah buat keputusan dah.
kalau ada lagi acara debat 'dianjurkan' oleh kompeni aku.
aku tak nak join dah.
aku nak jadi tukang tengok aje. kalau dapat jadi juri pun bagus.

sebab dah tahu dah.
walau sehebat mana kita berdebat.
sebaik mana pun hujah kita.
tapi...cuma ada satu pemenang.
ya, pemenang yg sama berulang-ulang.
atau disebut juara bertahan...




BOSS!

2 refleksi:

rahimin said...

woooo...kutuk boss nampak

Anonymous said...

tu la best jd boss