~ mesin basuh ~

Jul 5, 2010

aku tergelak besar bila melihat anak-anakku membasuh pakaian mereka.
mereka memang tak pernah basuh pakaian sendiri.
lagi pula, mereka masih kecik lagi. jangan pula ada yg ingat aku mendera mereka.
sebenarnya kali ini mereka buat secara sukarela. dengan niat ikhlas.

puncanya, mesin basuh rosak.

sejak dua tiga hari ni, wifey merungut terpaksa basuh baju secara manual. bukan tak pernah buat. tapi dah terbiasa guna mesin basuh. sumbat dalam mesin. masukkan sabun. putar hingga separuh kering, kemudian sidai...

entah apa halnya, mesin basuh meragam. tak mahu berputar. mungkin dah letih melayan kami yg asyik menyumbatkan pakaian busuk ke perutnya. nak dikatakan hayatnya sudah lama, tidak juga. baru sekitar 3-4 tahun. tak tahulah, memang aku tahu, wifey sentiasa 'mengerjakannya' secara intensif. tiap-tiap hari mesin basuh itu bekerja.

kesian melihatkan wifey yg terpaksa membasuh guna cara basuhan tangan, aku pun mencadangkan supaya setiap orang membasuh pakaian masing-masing secara berseloroh. tetapi anak-anakku nampaknya ambik serius. mungkin jugak berasa seronok dan teruja sebab tak pernah basuh pakaian sendiri...ha ha.

jadi semasa ketiga-tiga mereka masuk ke bilik air, kecoh bunyinya. rupa-rupanya mereka bertekak cara yg paling sesuai untuk membasuh pakaian. aku pun mengintai...tanpa mereka sedar.

*******

mereka masukkan pakaian dalam baldi.
isikan air. masukkan sabun.
putarkan air berisi pakaian dengan memasukkan tangan ke dalam baldi. putar.
mereka bergilir-gilir berbuat begitu....
mereka berhenti, hanya apabila terdengar ketawa besarku dari belakang pintu bilik air...!

0 refleksi: