~ berita yg lewat 3 minggu ~

Jul 19, 2010

aku menelefonnya di luar pintu hypermarket itu.
dua kali, tiada jawapan. mungkin dia tengah sibuk bekerja. maklumlah, dia memegang jawatan pengurus cawangan di situ.
aku cuma nak bertanyakan khabarnya, kalau dia ada masa, bolehlah kami berbual sambil minum-minum di pagi ahad.

kira-kira 3 minggu lepas. kawanku itu berpindah kerja di situ. daripada cawangan hypermarket di shah alam. dia menghubungiku. kerana aku tahu selok-belok di sini.

semasa aku berjumpanya, dia sedikit tertekan. maklumlah cawangan di sini agak jauh dari rumahnya di shah alam. dia terpaksa berulang alik setiap hari yg jaraknya kira-kira 50km. lagi pula dia menceritakan yg dia dihantar ke sini di luar kerelaannya ekoran hubungan yg kurang baik dengan superiornya.
dalam pertemuan itu dia ada membayangkan kemungkinan untuk berhenti kerja saja. pertamanya, masalah jarak yg jauh. kedua, berasa teraniaya. ketiga, tidak selesa dengan tempat baru.

aku nasihatkannya supaya berfikir secara positif. kalau nak persoalkan kesukaran berulang alik ke tempat kerja menjadi bebanan, itu tidak cukup kuat. aku sudah berulang alik ke tempat kerja antara nilai-KL yg jauhnya lebih 50km sejak 10 tahun lalu. memang sukar pada awalnya, tetapi sekarang ni dah lali.

soal dianiaya ni mungkin jarang berlaku. tapi politik dalam ofis atau kompeni, hal beginia boleh berlaku. cantas-mencantas untuk naik bagai enau dalam belukar. tetapi adakah kita perlu terus memikirkannya dengan rasa negatif, bersimpati pada diri sendiri lalu membiarkan ia menguasai emosi? apa yg penting, hari-hari mendatang yg perlu kita lalui. tiada gunanya meratap perkara yg sudah berlaku. kita ada anak bini untuk ditanggung. kalau kita mengalah, maknanya kita menganiayai diri kita dan keluarga kita sendiri. begitu pujukku.

tidak selesa dengan tempat baru? itu biasa. alah bisa tegal biasa kata orang. takkan selama-lamanya kita nak duduk di tempat yg sama, berada dalam zon selesa. sahut perubahan itu sebagai cabaran.

dalam pertemuan itu, aku tunjukkan dia keadaan persekitaran tempat kerjanya. di mana boleh dapatkan masakan kedai melayu selain kedai mamak. di mana letaknya surau berdekatan. dia membayangkan kemungkinan untuk mendapatkan rumah sewa. malah aku bersedia mencarikannya rumah sewa jika perlu, kerana dia agak keberatan untuk berulang alik. jauh dan memakan kos katanya. aku faham dan sedia membantu.

di akhir pertemuan itu, dia mengucapkan terima kasih. jauh lebih ceria dan bersemangat berbanding wajah suram pada awal pertemuan itu.

****
selang 2 jam kemudian. selepas aku sudah pun berada di rumah. dia membalas panggilan telefon tadi.

aku pun nyatakan yg aku menelefonnya kerana tujuan untuk bertanya khabar beritanya. sebab selepas pertemuan tempoh hari, dia langsung tidak menghubungiku semula. entah apa khabarnya bekerja di tempat baru. aku pula, dari sehari-ke sehari, bertangguh. rasa bersalah pula tidak menghubunginya yg bekerja dekat dengan rumah aku.

lalu dia pun menceritakan apa yg berlaku dalam tempoh 3 minggu ini. katanya, dia sudah pun berhenti kerja di situ. malah dia hanya bekerja di situ, 5 hari saja. sebab dalam masa yg sama, dia juga memohon kerja di tempat lain yg lebih dekat dengan rumahnya. nasibnya baik, dia mendapat tawaran kerja di syarikat lain di shah alam juga. dia minta maaf kerana tidak menghubungiku untuk memaklumkan hal itu.

aku tidaklah berasa sebarang rasa kesal atau terkilan. dia membuat keputusan yg dirasakan terbaik untuk dirinya. aku tumpang gembira dia dapat kerja lain, di tempat baru. malah tidak memerlukannya berulang alik untuk jarak yg jauh. cumanya, mungkin lebih baik kalau berita itu diberitahukan pada aku terlebih awal. tidaklah aku menyangkakan yg dia masih lagi bekerja di hypermarket itu, sehinggalah semalam.

3 refleksi:

rahimin said...

kengkwn ni kengkdg kita buat baik pun diorg x hargai.
bila kita tk tolong dikatakan kita sombong pula...

bangsawan nilai said...

no komen la, min.

editor kampung said...

memang ada kalanya kita dlm dilema. bila berdepan dgn simpati kpd kawan2. kita akhirnya yg mkn hati.