~ si pengangkut sampah ~

Jul 14, 2010


tidak ramai yg ambil peduli pasal pengutip sampah atau pengangkut sampah.
maksud aku pengutip sampah 'bertauliah', seperti pekerja majlis bandaran, kontraktor sampah atau pekerja alam flora.

kerja mereka hari-hari membersihkan sampah sarap & mengangkut sampah yg dilonggokkan atau kerap kalinya ditinggalkan bersepah atau dicampak begitu saja. bukan di dalam tong sampah yg disediakan tetapi di tepi tong atau kelilingnya.

bila pengangkut sampah 2-3 hari atau mungkin seminggu, tak datang, makanya menggununglah sampah di situ. belum diambil kira baunya lagi. maka mulalah ramai yg komplen. pemungut sampah tak buat kerja. pemungut sampah tak buat kerja, malas, makan gaji buta! PBT pun tak ambik tindakan, tak turun padang, makan rasuah...macam-macamla yg dipertuduhkan.

bagi yg tinggal di kawasan perumahan yg memang disediakan tong sampah secara individu pun begitu. pakai longgok aje. gunalah bekas sampah atau plastik sampah, itu pun nak berkira sangat.

di tempat aku tinggal ni, pemungut sampah sangat efisien. selang sehari, mereka akan datang angkut. dulu mereka datang angkut dengan lori sampah sekitar jam 9:00 pagi. lepas tu sedikit awal. lama-kelamaan sekarang ni, semakin awal. lebih tepat lagi waktu subuh. aku pernah terserempak dengan pengangkut sampah di tempat aku, pada suatu hari. aku tanyakan kenapa semakin awal mereka bekerja sekarang ini. jawapannya, sekarang ni semakin banyak kawasan perumahan baru, makin banyak rumah yg perlu didatangi, sedangkan lori sampah & pekerjanya tak banyak bertambah. jadi mereka terpaksa keluar awal bekerja untuk menjalankan kerja menjangkaui luas kawasan yg semakin besar untuk 'diservis'. kalau mereka tak buat begitu, orang awam komplen & tender atau kontrak syarikat pemungut sampah akan ditamatkan atau ditarik balik. mahu tak mahu, mereka perlu berusaha lebih, caranya mula bekerja seawal pagi.

pernah tak kita terfikir, setiap kali membuang sampah, ada orang lain yg akan memungutnya untuk kita? adakah kita hanya akan berkata...."alaah...itu kan memang dah kerja mereka!"

0 refleksi: