perpisahan tak pernah mudah.
lebih-lebih lagi dengan insan yg sudah lama kita kenal hati budinya.
hari ini adalah hari terakhir, rakan sekerja yg aku panggil abg saat.
sudah lebih 30 tahun dia menabur bakti, tibalah masanya untuk melangkah pergi.
menuju alam persaraan. berehat daripada segala jerit perih bekerja.
aku pernah menulis entri tentang abg saat dalam blog ini.
menceritakan keperitan abg saat menjaga isterinya yg menghidapi kanser.
beberapa minggu selepas entri itu ditulis, isteri abg saat kembali ke rahmatullah.
sejak itu, aku dapat perhatikan perubahan pada abg saat.
yg pastinya, abg saat tak lagi seceria dulu.
dia sering saja sakit-sakit dan mengambil cuti.
untuk mengucapkan selamat tinggal pastinya saat yg menyedihkan buatnya.
tengah hari tadi abg saat datang mengetuk bilikku.
"abg datang nk mintak maaf. selama abg bekerja kat sini. kalau ada terkasar atau perbuatan yg tak elok". kata abg saat. tunduk. dengan nada perlahan.
baru ku sedar. hari ini adalah hari terakhirnya di sini. sepatutnya dia pergi minggu depan. tetapi baki cutinya ada 2 hari lagi. maka inilah pengakhirnya. beberapa minggu lepas, kami mengadakan majlis makan-makan & menghadiahkannya cenderahati kenangan.
"takde apalah bang...seingat saya abg tak pernah pun meninggi suara, apa lagi nak mintak maaf pada saya. takde sebarang kesalahan pun abg pada saya. saya yg muda ni patut mintak maaf. manalah tau, tanpa saya sedar...saya pernah buat abg tersinggung..." aku sedikit sebak.
abg saat bercerita pendek. usianya kini mencecah 60 tahun. bagaimana aku yg masih bujang ketika itu, dikenalinya 10 tahun dulu.
setiap yg mula akan ada akhirnya. episod baru kehidupan abg saat, bermula hari ini.
tiada lagi rutin bangun pagi, pergi kerja. pulang kerja waktu petang. menunggang motor kapcainya saban hari, berulang alik dengan kudrat yg semakin hari semakin dimamah usia.
aku tidak mahu bertanya, apakah perancangannya selepas ini. biarlah dia buat apa yg dia mahukan. menikmati hari-hari persaraannya. aku tidak mahu mengusutkan fikirannya yg tentunya pada ketika ini dirundung kesedihan meninggalkan rakan sekerja. yg berkongsi susah senang. kadang-kadang makan bersama. bertepuk bertampar dalam gurau senda.
pastinya abg saat akan melalui hari-hari awal persaraannya dengan sedikit kesukaran menseimbangkan segala yg baru. yg pada hari-hari mendatang akan menjadi rutin sehariannya yg serba baru. aku sempat mengingatkannya supaya menjaga kesihatannya, lebih-lebih lagi pada usianya sekarang.
"rindulah saya lepas ni. tentu saya akan terbayang-bayang wajah abg. suara abang. senyum bang...iyalah. sejak saya mula bekerja, hinggalah hari ni. hari-hari jumpa abg. mulai esok tak ada dah..." aku mula sebak.
"janganla macam tu..." balas abg saat. ada genangan pada matanya.
"kalau abg free. datanglah ke sini. kita boleh makan-makan. sembang-sembang. janganlah lupa kita org terus..."
"insya-Allah, tak..." serentak itu, air matanya tumpah.
sebelum melangkah pergi. kami bersalaman sekali lagi.
"saya nak mintak maaf sekali lagi..." belum sempat aku menghabiskan ayat itu, abg saat menarik tubuhku rapat. dipeluknya ku erat.
aku dapat rasakan penuh kemesraan. penuh kehibaan.
itu bukanlah pelukan sebagai rakan sekerja. tapi seakan pelukan seorang ayah pada anaknya.
pelukan erat itu, kuat dan lama. seakan tak mahu dilepaskan.
kalau tiada lagi kesempatan untuk bertemu pada masa depan,
kemungkinan itulah pelukan kami yg terakhir kali...
kami tidaklah rapat. mungkin sebab faktor umur atau jawatan kami. tapi aku dapat rasakan ada hubungan istimewa antara kami. setiap kali berjumpa, kami akan berbual. abg saat memang seorang yg berhemah tinggi. walaupun aku lebih layak bergelar anaknya. tapi dia menghormati aku sebagai orang yg berjawatan tinggi daripadanya. aku pasti akan teringatkan lambaiannya setiap kali waktu pulang kerja. sebelum berlalu pergi dengan motornya. kelibatnya itulah yg aku lihat saban hari di tempat letak kereta sewaktu hendak pulang kerja.
semua itu tergambar semasa aku dalam pelukan erat abg saat.
dapat aku rasakan, dadanya berdegup kencang. ada esak tangis yg tertahan-tahan pada tubuh tua itu.
kemudian perlahan-lahan abg saat melepaskan pelukannya.
mengesat matanya, dan berlalu pergi...
nama abg saat pastinya akan abadi dalam ingatanku.
2 refleksi:
aku pun rasa sebak membacanya....
ya bertemu & berpisah adat kita manusia...
menyentuh perasaan la bro...
sesekali bagus jugak kalau engkau tulis cerpen...he he
Post a Comment