- detik 6:00 petang yg penuh debar -

Feb 23, 2012

5:50 pm - aku dah pun sampai ke destinasi yg dituju.
dan takde masalah nak parkir kereta.
tapi, masih belum sampai waktunya.
aku tak matikan enjin.

di radio, lagu 'pokok' hazama & meet uncle husein memenuhi ruang kereta.
sambil itu aku membelek bb.
tengok status facebook yg dipos oleh kawan-kawan.
ada yg lucu, ada serius. aku lebih suka idea yg spontan. dan aku akan 'like'.
ramai yg nak impress kengkawan dengan cut n paste sumber lain. tak best!

5:55pm - makin banyak kereta yg masuk parkir.
ya, masa inilah orang keluar ofis. baru balik kerja.
ada yg singgah jumpa kengkawan. ada temu janji.
atau sekadar melepas penat dan mengisi perut sebagai minum petang.
aku masih dalam kereta. enjin masih hidup. air cond masih on.

5:58 pm - aku perlu memulakan misi sekarang.
detiknya sudah tiba.
tutup radio. tutup air cond. matikan enjin. kunci kereta.

tepat 6.00 pm...
aku beri 'arahan'.
dia, tengok jam di tangan.
tak percaya...
dia panjangkan leher...tengok jam di dinding.

ya...tepat jam 6:00 pm








set ni hanya boleh diorder selepas jam 6:00pm

2 refleksi:

rahimin said...

laaa ingat debaran amende tadi ish!

Anonymous said...

hi hi mekdi rupanya